Pengumuman Daripada:Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Akademik (PPKA)
Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,
YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Dimaklumkan bahawa tarikh pengaktifan sistem Moodle 5.0 baharu yang dijadualkan pada 1 Ogos 2026 telah ditangguhkan kepada 10 Ogos 2026. Penangguhan tarikh pengaktifan adalah bagi memberi ruang penyediaan data asas untuk Semester 1 Sesi 2026/2027 sebelum dibuka kepada pengguna, bagi memastikan sistem Moodle 5.0 yang baharu sedia sepenuhnya dan stabil.
3. Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini dilampirkan Poster Makluman Penangguhan Pengaktifan Sistem iTEL 5.0 untuk perhatian dan tindakan YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan.
Segala kesulitan yang dihadapi amat dikesali.
Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada Helpdesk iTEL melalui:
• WhatsApp: +6088-320617
• E-mel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada bot spam. Anda perlu mengaktifkan JavaScript untuk melihatnya.
Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan amatlah dihargai.