Pilih bahasa anda

Language

Pengumuman Daripada: Jabatan Bendahari

 

NOTIS PELEPASAN LIABILITI SKIM LINDUNG 24 JAM –

PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL (PERKESO)

 

YBhg. Prof./Datuk /Datin/Dr./Tuan/Puan ,

 

Seperti mana yang diumumkan pihak PERKESO sebelum ini, bemula 1 Jun 2026, PERKESO telah memperkenalkan dan  menguatkuasa Skim LINDUNG 24 Jam / Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK)  melalui peruntukan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) berkuatkuasa penggajian Jun 2026.

Bagaimanapun, pihak PERKESO telah mengeluarkan kenyataan terkini bahawa berkuatkuasa 8 Julai 2026 skim LINDUNG 24 Jam tidak lagi diwajibkan, sebaliknya dilaksanakan secara sukarela. Bagaimanapun, ianya kekal MANDATORI kepada pekerja warga asing.

Sehubungan itu, sekiranya kakitangan KONTRAK yang TIDAK BERSETUJU untuk menyertai skim ini adalah dikehendaki untuk mengisi Borang NOTIS PELEPASAN LIABILITI seperti dalam pautan di bawah:

 

https://lindungfaedah.perkeso.gov.my/auth/

 

Dilampirkan adalah pautan Panduan Pengguna Notis Pelepasan Liabiliti Skim Lindung 24 Jam sebagai rujukan.

 

https://www.perkeso.gov.my/images/panduan/PANDUAN-PENGGUNA-PORTAL-PERMOHONAN-FAEDAH-ORANG-BERINSURANS-OB_V2.pdf

Sila muat turun borang yang telah dilengkapkan (rujuk pada Langkah 2.5 seperti dalam Panduan Pengguna) dan dikemukakan ke alamat seperti di bawah sebelum atau selewat-lewatnya pada 31 Ogos 2026, Isnin.

 

                    Sektor Perkhidmatan Kakitangan,

            Jabatan Bendahari,

            Aras 2, Bangunan Canselori.

            No. Telefon : 088-320 000 (200519)

 

 

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung Notis Pelepasan Liabiliti Skim Lindung 24 Jam, sila layari laman web rasmi PERKESO atau mengunjungi pejabat PERKESO yang berhampiran. Berikut dikongsikan infografik yang berkaitan sebagai rujukan PENTING.

 

 

SUMBER

PAUTAN PANTAS

PELAJAR

PAUTAN LAIN

KAMPUS INDUK UMS

Universiti Malaysia Sabah
Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu
Sabah, Malaysia
Tel: +(60)88 320000
Emel: ccc@ums.edu.my

UMS KAMPUS LABUAN

UMS Kampus Antarabangsa Labuan
Jalan Sungai Pagar, 87000 WP Labuan
Tel: +(60)87 - 503000
Emel: adminkal@ums.edu.my

Image
ums brain of borneo
#UMStheBrainofBorneo
#BrainofBorneo

Pilih bahasa anda