Pilih bahasa anda

Language

Pengumuman Daripada: Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Akademik

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
 
Notis Pemakluman Pelaksanaan Naik Taraf Sistem iTEL ke Moodle 5.0
 
YBhg. Datuk/Datin/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
Dimaklumkan bahawa Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui Bahagian Pendidikan Fleksibel & E-Pembelajaran, Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Akademik (PPKA) akan melaksanakan naik taraf sistem iTEL daripada Moodle 4.0 kepada Moodle 5.0 yang akan berkuat kuasa mulai 1 Ogos 2026.  Pelaksanaan naik taraf ini bertujuan untuk menangani kerentanan sistem (system vulnerability), di samping meningkatkan tahap keselamatan, kestabilan dan prestasi keseluruhan sistem iTEL, sekali gus menyediakan pengalaman pembelajaran digital yang lebih cekap, selamat dan mesra pengguna.
 
Sehubungan dengan itu, semua kursus dan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bagi Semester 1, Sesi Akademik 2026/2027 akan dilaksanakan secara berperingkat melalui platform iTEL Moodle 5.0 selaras dengan pelaksanaan migrasi sistem universiti. Bagi memastikan proses migrasi berjalan lancar, kerjasama YBhg. Datuk/Datin/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan adalah dipohon untuk:
 
1.    Menyemak kursus yang akan ditawarkan bagi Semester 1, Sesi Akademik 2026/2027.
2.    Membuat salinan sandaran (backup) bahan pengajaran, fail kursus, bank soalan, aktiviti pembelajaran serta kandungan penting daripada platform iTEL sedia ada sebagai langkah persediaan sebelum proses migrasi dilaksanakan.
3.    Mengikuti semua makluman dan panduan migrasi yang akan dikeluarkan oleh PPKA dari semasa ke semasa.
 
Bagi program di bawah Pusat Persediaan Sains dan Teknologi (PPST), sistem iTEL sedia ada (Moodle 4.0) masih boleh digunakan. Migrasi ke platform iTEL Moodle 5.0 akan dilaksanakan secara berperingkat bagi memastikan kelancaran proses peralihan sistem.  Maklumat lanjut berkaitan pelaksanaan migrasi akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
 
Bersama-sama e-mel ini dilampirkan Poster Notis Pemakluman Pelaksanaan Naik Taraf Sistem iTEL ke Moodle 5.0 untuk perhatian dan tindakan YBhg. Datuk/Datin/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan.
 
Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada iTEL Helpdesk melalui:
•     WhatsApp: +6088-320617
•     E-mel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada bot spam. Anda perlu mengaktifkan JavaScript untuk melihatnya.
 
Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/Datin/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan dalam menjayakan pelaksanaan migrasi sistem ini amatlah dihargai.
 
Sekian, terima kasih.
 
Bahagian Pendidikan Fleksibel & E-Pembelajaran
Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Akademik (PPKA)
Universiti Malaysia Sabah

SUMBER

PAUTAN PANTAS

PELAJAR

PAUTAN LAIN

KAMPUS INDUK UMS

Universiti Malaysia Sabah
Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu
Sabah, Malaysia
Tel: +(60)88 320000
Emel: ccc@ums.edu.my

UMS KAMPUS LABUAN

UMS Kampus Antarabangsa Labuan
Jalan Sungai Pagar, 87000 WP Labuan
Tel: +(60)87 - 503000
Emel: adminkal@ums.edu.my

Image
ums brain of borneo
#UMStheBrainofBorneo
#BrainofBorneo

Pilih bahasa anda