Pengumuman Daripada: Fakulti Pendidikan dan Pengajian Sukan

Perkhidmatan operasi kaunter Fakulti Pendidikan Dan Pengajian Sukan (FPPS) akan ditutup sementara bermula 29 Jun 2026 sehingga 03 Julai 2026 untuk memberi laluan kepada kakitangan bertugas sebagai urus setia bagi Sesi Temu Duga Bagi Kemasukan Ke Program Sarjana Muda Dan Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) Ambilan Sesi 2026/2027 Bagi Zon Kota Kinabalu.


