Pengumuman Daripada: Pusat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (COSH)









Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera,
YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,
Pusat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UMS-COSH), Universiti Malaysia Sabah dengan sukacitanya menjemput seluruh warga UMS serta pihak berkepentingan untuk menyertai siri ceramah dan forum sempena Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) 2026 yang akan berlangsung pada 8 hingga 12 Jun 2026 secara atas talian.
Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran, pengetahuan dan pematuhan terhadap aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam kalangan warga universiti serta pihak berkepentingan melalui perkongsian ilmu oleh pakar-pakar daripada agensi kerajaan, industri dan akademia.
Antara topik yang akan dikongsikan adalah:
✅ Pengurusan Ergonomik di Tempat Kerja
✅ Keselamatan Trafik Jalan Raya
✅ Ancaman Malaria Monyet
✅ Pengurusan Risiko Bunyi Bising di Tempat Kerja
✅ Pengurusan Kontraktor
✅ Pematuhan USECHH 2000
✅ Forum Kesihatan: “Bagaimana Keadaan Kerja Anda?”Bersama memastikan Persekitaran Psikososial Kerja Yang Sihat
🎓 Penyertaan dalam siri program ini boleh diambil kira sebagai latihan kesedaran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP). Warga UMS digalakkan untuk melengkapkan minimum 8 jam latihan kesedaran KKP setahun selaras dengan objektif dan program KKP Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHMS) ISO45001:2018 dalam usaha memperkukuh budaya kerja selamat dan pematuhan keperluan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di universiti.
📜 E-sijil penyertaan akan diberikan kepada peserta yang memenuhi syarat kehadiran yang ditetapkan.
📱 Imbas kod QR pada poster yang dilampirkan untuk pendaftaran atau capaian terus ke sesi yang berkaitan.
Kerjasama dan penyertaan YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan amatlah dihargai bagi menjayakan agenda pembudayaan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di Universiti Malaysia Sabah.
“Budaya Selamat, Kesihatan Terjamin”
Sekian, terima kasih.
#MingguOSH2026
#COSHUMS
#KeselamatanDanKesihatanPekerjaan
#BudayaKerjaSelamat
#KerjaSelamatHidupSejahtera
#UniversitiMalaysiaSabah


