Pilih bahasa anda

Language

Pengumuman Daripada: Pusat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (COSH)

 

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera,

YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,

Pusat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UMS-COSH), Universiti Malaysia Sabah dengan sukacitanya menjemput seluruh warga UMS serta pihak berkepentingan untuk menyertai siri forum sempena Hari OSH Sedunia Peringkat UMS Tahun 2026 yang akan berlangsung pada 12 Jun 2026 secara atas talian.

Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran, pengetahuan dan pematuhan terhadap aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam kalangan warga universiti serta pihak berkepentingan melalui perkongsian ilmu oleh pakar-pakar daripada agensi kerajaan, industri dan akademia.

Topik  menarik yang akan dikongsikan adalah:

 Forum Kesihatan: Bagaimana Keadaan Kerja Anda?” Bersama memastikan  Persekitaran Psikososial Kerja Yang Sihat

 

🎓 Penyertaan dalam siri program ini boleh diambil kira sebagai latihan kesedaran         Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP). Warga UMS digalakkan untuk melengkapkan minimum 8 jam latihan kesedaran KKP setahun selaras dengan  objektif dan program KKP Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan  (OSHMS) ISO45001:2018 dalam usaha memperkukuh budaya kerja selamat dan pematuhan keperluan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di universiti.

    📜 E-sijil penyertaan akan diberikan kepada peserta yang memenuhi syarat kehadiran yang ditetapkan.

    📱 Imbas kod QR pada poster yang dilampirkan untuk pendaftaran atau capaian terus ke sesi yang berkaitan.

Kerjasama dan penyertaan YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan amatlah dihargai bagi menjayakan agenda pembudayaan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di Universiti Malaysia Sabah.

“Budaya Selamat, Kesihatan Terjamin”

 

SUMBER

PAUTAN PANTAS

PELAJAR

PAUTAN LAIN

KAMPUS INDUK UMS

Universiti Malaysia Sabah
Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu
Sabah, Malaysia
Tel: +(60)88 320000
Emel: ccc@ums.edu.my

UMS KAMPUS LABUAN

UMS Kampus Antarabangsa Labuan
Jalan Sungai Pagar, 87000 WP Labuan
Tel: +(60)87 - 503000
Emel: adminkal@ums.edu.my

Image
ums brain of borneo
#UMStheBrainofBorneo
#BrainofBorneo

Pilih bahasa anda