Pengumuman Daripada: Akademi Seni dan Teknologi Kreatif (ASTiF)


Salam Sejahtera YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan.
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
0.2 Pihak Akademi Seni dan Teknologi Kreatif (ASTiF), Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan sukacitanya ingin memaklumkan bahawa Persidangan Antarabangsa Seni dan Teknologi Kreatif (PASTIK) 2026 akan dianjurkan pada 25 hingga 27 November 2026 bertempat di Akademi Seni dan Teknologi Kreatif (ASTiF), Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, Sabah dengan mengetengahkan tema "TRADISI DALAM TRANSISI: SENI, IDENTITI DAN KECERDASAN BUATAN".
0.3 Sehubungan dengan itu, pihak penganjur dengan berbesar hati menjemput para pelajar, penyelidik, akademik, penggiat seni dan industri kreatif untuk menyertai PASTIK 2026. Penyertaan YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan amat dialu-alukan bagi bersama-sama memperkukuh jaringan akademik, perkongsian ilmu serta pertukaran idea dalam bidang seni, sastera, seni persembahan, budaya dan teknologi kreatif.
Untuk maklum, pendaftaran dan bayaran yuran, penghantaran abstrak serta kertas kerja penuh boleh dibuat melalui pautan https://upc.ums.edu.my/event/200/. Segala perhatian dan sokongan YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan mengenai perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.


