Pengumuman Daripada: Jabatan Bendahari

PENGUMUMAN
PELAKSANAAN SKIM LINDUNG 24 JAM -
PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL (PERKESO)
YBhg. Prof./Datuk /Datin/Dr./Tuan/Puan ,
Bemula 1 Jun 2026, PERKESO telah memperkenalkan dan menguatkuasa Skim LINDUNG 24 Jam / Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) melalui peruntukan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) berkuatkuasa penggajian Jun 2026.
Skim LINDUNG 24 Jam memberi perlindungan 24 jam kepada pekerja yang layak semasa tempoh penggajian, termasuk perlindungan bagi kemalangan yang berlaku di luar waktu kerja yang tidak berkait langsung dengan penggajian ataupun pekerjaan. Skim ini adalah mandatori untuk semua pekerja dengan kadar caruman sebanyak 0.75% daripada gaji bulanan. Caruman ditanggung sepenuhnya oleh pekerja. Kadar caruman pekerja akan dilaksanakan secara berperingkat iaitu:
- 0.75% untuk dua tahun pertama (Fasa Pertama),
- 1.0% untuk tiga tahun berikutnya (Fasa Kedua),
- 1.25% mulai tahun keenam dan seterusnya (Fasa Ketiga)
Untuk sebarang keterangan lanjut, bolehlah layari laman web rasmi PERKESO di pautan http://www.perkeso.gov.my atau mengunjungi pejabat PERKESO yang berhampiran. Berikut dikongsikan infografik yang berkaitan.
YBhg.Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan juga boleh menghubungi Sektor Perkhidmatan Kakitangan, Jabatan Bendahari di talian 200519 atau melalui e-mel ke alamat
Sekian. Terima kasih.


