Pilih bahasa anda

Language

Pengumuman Daripada: Pusat Pembangunan Kerjaya dan Keusahawanan

 

 
NAK CARI DUIT POKET SAMBIL BELAJAR DI UMS? 💸🎓
 
Sambil kuliah ATAU semasa Cuti Semester, Jom rebut peluang pekerjaan sambilan di bawah program MySISWA@Joc yang ditawarkan oleh pelbagai Jabatan, Fakulti, Pusat, Institut, dan Akademi di UMS!
 
💰 Kadar Bayaran Seragam:
•     RM 6.00 / Jam 
 
⏰ Fleksibiliti Waktu Bekerja:
•     Semasa Semester: Maksimum 20 jam seminggu (tak mengganggu waktu kuliah anda!)
•     Semasa Cuti Semester: Maksimum 40 jam seminggu (untuk cuti panjang melebihi 5 minggu).
 
💼 5 Kluster Kerja Yang Boleh Anda Mohon:
1.    Kerja Sambilan Sokongan Pejabat & Data Tidak Sensitif
2.    Sokongan Pelanggan & Logistik
3.    Sokongan Mudah Teknikal, ICT & Multimedia
4.    Kerja Berasaskan Projek & Profesional
5.    Keusahawanan berasaskan Pengacaraan Program & Produk
 
📌 Syarat Kelayakan Mudah:
🇲🇾 Warganegara Malaysia.
🎓 Status Aktif (Pelajar UA Diploma ke atas, dah tamat min. 1 semester & tidak menangguh pengajian).
📈 Prestasi Akademik baik (PNG minimum 2.50).
🛡️ Rekod Disiplin bersih sepanjang pengajian.
 
❓ Ada sebarang pertanyaan
Sila hubungi Ketua Pentadbiran / Penasihat Kerjaya di Jabatan/Fakulti/Pusat/Institut/Akademi masing-masing, ATAU terus ke: 
👉 Pengarah, Pusat Pembangunan Kerjaya & Keusahawanan (CEDeC) UMS.
 
Jangan tunggu lagi, jom bina pengalaman kerja dan penuhkan poket anda sekarang! 🚀

SUMBER

PAUTAN PANTAS

PELAJAR

PAUTAN LAIN

KAMPUS INDUK UMS

Universiti Malaysia Sabah
Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu
Sabah, Malaysia
Tel: +(60)88 320000
Emel: ccc@ums.edu.my

UMS KAMPUS LABUAN

UMS Kampus Antarabangsa Labuan
Jalan Sungai Pagar, 87000 WP Labuan
Tel: +(60)87 - 503000
Emel: adminkal@ums.edu.my

Image
ums brain of borneo
#UMStheBrainofBorneo
#BrainofBorneo

Pilih bahasa anda