Pilih bahasa anda

Language

Pengumuman Daripada: Hospital UMS

 

 
SEMUA WARGA UMS, KAKITANGAN / PELAJAR
 
Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan
 
 PEMAKLUMAN ALIRAN TRAFIK KE FPSK MELALUI HUMS SERTA WAKTU OPERASI PINTU PAGAR (HARI BEKERJA DAN CUTI HUJUNG MINGGU / CUTI UMUM)
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Dimaklumkan bahawa pihak Pengurusan HUMS telah menetapkan aliran trafik masuk dan keluar ke kawasan Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan (FPSK) melalui laluan Hospital UMS (HUMS) bagi tujuan kawalan keselamatan dan pemantauan pergerakan kenderaan. 
3. Sehubungan itu, laluan dan aliran trafik baharu akan berkuat kuasa mulai 11 Mei 2026, sila rujuk Peta seperti dilampiran 1 & 2. Kakitangan FPSK akan menggunakan laluan masuk melalui Pintu Masuk Utama HUMS dan seterusnya mengikut laluan bulatan tasik ke Pintu Keluar Utama sebelum memasuki pintu pagar FPSK. Bagi laluan keluar dari FPSK, kakitangan hendaklah menggunakan laluan Jalan Numbak.
4. Waktu operasi pintu pagar FPSK dan BPA adalah seperti berikut:

  a. Tutup: 11.00 malam
  b. Buka: 05.30 pagi
5. Bagi hari Sabtu dan Ahad serta cuti kelepasan am, pintu pagar FPSK dan BPA akan ditutup. Sekiranya terdapat kakitangan yang ingin ke FPSK pada waktu tersebut, mereka dicadangkan menggunakan laluan 1B dan masuk melalui Pintu Masuk Utama HUMS. Sila rujuk lampiran 2. Bagi Pintu Masuk (Gate 5), waktu operasi adalah dibuka pada jam 5.30 pagi dan ditutup pada jam 7.00 malam. Manakala pada hari Sabtu, Ahad serta Cuti Kelepasan Am, pintu ini akan ditutup.
Kerjasama dan perhatian Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 

SUMBER

PAUTAN PANTAS

PELAJAR

PAUTAN LAIN

KAMPUS INDUK UMS

Universiti Malaysia Sabah
Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu
Sabah, Malaysia
Tel: +(60)88 320000
Emel: ccc@ums.edu.my

UMS KAMPUS LABUAN

UMS Kampus Antarabangsa Labuan
Jalan Sungai Pagar, 87000 WP Labuan
Tel: +(60)87 - 503000
Emel: adminkal@ums.edu.my

Image
ums brain of borneo
#UMStheBrainofBorneo
#BrainofBorneo

Pilih bahasa anda