Pilih bahasa anda

Language

Pengumuman Daripada: Pusat Komunikasi Korporat

 

 

Bagi memastikan urusan penyelarasan hebahan berjalan dengan lancar, sistematik dan mencapai kumpulan sasar yang tepat, semua JAFPIB diminta untuk mematuhi ketetapan saluran e-mel bagi tujuan promosi seperti berikut:

1. Hebahan Dalaman (Laman Web Rasmi & E-mel Warga UMS)
•   Alamat E-mel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada bot spam. Anda perlu mengaktifkan JavaScript untuk melihatnya. 
• Tujuan: Untuk hebahan maklumat, notis, memo, atau publisiti program yang disasarkan kepada seluruh warga UMS (kakitangan dan pelajar).

2. Hebahan Media Sosial (Platform Rasmi UMS)
•   Alamat E-mel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada bot spam. Anda perlu mengaktifkan JavaScript untuk melihatnya. 
•  Tujuan: Untuk perkongsian kandungan kreatif, poster promosi acara, video short/reel atau liputan kejayaan JAFPIB yang ingin dipaparkan di media sosial rasmi UMS (Facebook, Instagram, TikTok, dll.) serta dapat dicapai oleh orang awam.

Perkara untuk Diambil Perhatian:
•   Sila pastikan setiap penghantaran bahan disertakan dengan kapsyen ringkas/teks iringan (caption) yang jelas dan tepat.
•  Bahan promosi sebaiknya dihantar selewat-lewatnya 3 hingga 5 hari bekerja sebelum tarikh program berlangsung bagi kelancaran proses penjadualan.
• Bagi promosi untuk menarik penyertaan dari luar seperti aktiviti persidangan, simposium, forum dan lain-lain yang mempunyai had masa (tarikh tutup), bahan promosi perlu dihantar lebih awal selewat-lewatnya 1 bulan dari tarikh tersebut.

Maklumat lanjut sila hubungi En. Mohammad Norazmi Haris (014-6757070)

SUMBER

PAUTAN PANTAS

PELAJAR

PAUTAN LAIN

KAMPUS INDUK UMS

Universiti Malaysia Sabah
Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu
Sabah, Malaysia
Tel: +(60)88 320000
Emel: ccc@ums.edu.my

UMS KAMPUS LABUAN

UMS Kampus Antarabangsa Labuan
Jalan Sungai Pagar, 87000 WP Labuan
Tel: +(60)87 - 503000
Emel: adminkal@ums.edu.my

Image
ums brain of borneo
#UMStheBrainofBorneo
#BrainofBorneo

Pilih bahasa anda