Pengumuman Daripada: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan,
Dimaklumkan bahawa pelaksanaan prosedur Tidak Hadir Tanpa Cuti (THTC) kini telah ditambahbaik melalui Modul THTC Sistem HR Online V4 berkuat kuasa 11 September 2026.
Sehubungan dengan itu, semua kakitangan UMS adalah dimohon untuk:
- Menyemak notifikasi THTC melalui MyWorkspace atau pilihan menu STARS > Staff > Tidak Hadir Tanpa Cuti (THTC).
- Membuat tindakan pembetulan dengan merujuk Manual Pengguna THTC.
- Merujuk dengan Pegawai/Penyelia Cuti sekiranya terdapat sebarang isu pengisian atau teknikal.
- Memastikan semua rekod THTC bagi bulan sebelumnya ditangani sebelum tempoh bulan semasa berakhir.
Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan dalam memastikan pematuhan pelaksanaan ini amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
Sebarang pertanyaan lanjut:
💻
📲 088-329 068
Sektor Perkhidmatan
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Jabatan Pendaftar


