Pengumuman Daripada: Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan

Dimaklumkan bahawa kerja-kerja rectification bagi kawasan yang terlibat dengan Projek Pengurusan Tenaga (Solar) akan dilaksanakan dalam masa terdekat oleh pihak kontraktor.
Pelaksanaan kerja-kerja tersebut akan dijalankan mengikut jadual yang disediakan oleh pihak kontraktor seperti di dalam lampiran A. kerja-kerja ini bertujuan untuk membaiki serta menyempurnakan sebarang kecacatan (defects) yang telah dikenal pasti di kawasan projek.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai kerjasama dan toleransi semua pihak sepanjang tempoh pelaksanaan projek ini dijalankan. Sebarang kesulitan yang berlaku amatlah dikesali.
Walau bagaimanapun , sebarang perubahan terhadap jadual pelaksanaan kerja-kerja rectification akan dimaklumkan dari semasa ke semasa oleh pihak kontraktor sekiranya terdapat keperluan atau keadaan yang tidak dapat dielakkan.
Sebarang pertanyaan lanjut, pihak tuan bolehlah menghubungi Ts. Nurul Ain binti Abdullah, Timbalan Ketua Jurutera ditalian 013-879 1017 atau En. Mohd Helmi bin Jaapar, Penolong Jurutera di talian 012-869 2197.


