Pilih bahasa anda

Language

Pengumuman Daripada: Penerbit UMS

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga UMS,
YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,
Pihak Penerbit UMS dengan sukacitanya mengumumkan bahawa beberapa judul terbitan Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah berjaya dipilih sebagai sebahagian daripada “50 Best Malaysian Titles for International Rights 2024–2026”, satu pengiktirafan berprestij yang mengetengahkan karya-karya terbaik Malaysia untuk dipromosikan di peringkat antarabangsa.
 
Tahniah dan syabas diucapkan kepada para penulis, penyunting serta seluruh warga kerja Penerbit UMS atas dedikasi dan komitmen tinggi dalam penghasilan karya ilmiah berkualiti.
 
Berikut ialah senarai judul yang menerima pengiktirafan:
 
Pengurusan Keselamatan Pantai Timur Sabah
Penyunting: Profesor Madya Dr. Ramli Dollah dan Dr. Amrullah Maraining
Eksplorasi Peribumi Borneo: Masyarakat Idahan
Penyunting: Dr. Salbiah Kindoyop, Dr. Humin Jusilin dan Profesor Dr. Ismail Ibrahim
Bangsamoro Sejarah, Aspirasi dan Perjuangan
Penulis: Profesor Madya Dr. Ramli Dollah, Dr. Eko Prayitno Joko dan Profesor Madya Wan Shawaluddin Wan Hassan
Pengiktirafan ini mencerminkan kecemerlangan penyelidikan, penulisan dan penerbitan ilmiah warga UMS serta membuktikan keupayaan karya akademik universiti untuk mendapat perhatian dan pengiktirafan di peringkat global. Kejayaan ini turut memperkukuhkan peranan UMS sebagai sebuah institusi yang komited dalam memperkaya khazanah ilmu pengetahuan, memelihara warisan tempatan dan menyumbang kepada pembangunan akademik serta masyarakat.
Pihak Penerbit UMS merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada semua penulis atas dedikasi dan komitmen dalam menghasilkan karya berkualiti tinggi yang telah mengharumkan nama Universiti Malaysia Sabah.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak penghasilan karya ilmiah yang berimpak tinggi serta mampu memperluaskan jaringan ilmu dan penyelidikan UMS ke persada antarabangsa.
 

SUMBER

PAUTAN PANTAS

PELAJAR

PAUTAN LAIN

KAMPUS INDUK UMS

Universiti Malaysia Sabah
Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu
Sabah, Malaysia
Tel: +(60)88 320000
Emel: ccc@ums.edu.my

UMS KAMPUS LABUAN

UMS Kampus Antarabangsa Labuan
Jalan Sungai Pagar, 87000 WP Labuan
Tel: +(60)87 - 503000
Emel: adminkal@ums.edu.my

Image
ums brain of borneo
#UMStheBrainofBorneo
#BrainofBorneo

Pilih bahasa anda