Pengumuman Daripada: AJK Borneo Solid Waste Management Innovation Challenge (BSWMIC) 2026

Berita baik kepada semua bakal peserta! Atas permintaan ramai, tarikh tutup pendaftaran Borneo Solid Waste Management Innovation Challenge (BSWMIC) 2026 Zon 4 (Kudat) telah dilanjutkan sehingga 29 Julai 2026.
Masih ada peluang untuk anda mengetengahkan idea inovatif dalam pengurusan sisa pepejal, ekonomi kitaran, dan teknologi lestari. Penyertaan adalah PERCUMA dan terbuka kepada komuniti, pelajar, penyelidik, syarikat pemula, PKS, serta inovator.
Jangan lepaskan peluang untuk merebut hadiah wang tunai sehingga RM500, pengiktirafan, dan peluang memperluaskan jaringan bersama pakar industri.
#BSWMIC2026
#UniversitiMalaysiaSabah
#TheBrainOfBorneo
#BertekadCemerlang


