Pilih bahasa anda

Language

Pengumuman Daripada: Penerbit UMS

 

 

Penerbit UMS terus melakar kecemerlangan apabila buku terbitannya yang bertajuk "Sama Bajau: Kepelbagaian Perspektif Pengkajian di Sabah" telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Buku Terbaik Ketua Menteri Sabah 2024/2025 bagi kategori Terbitan Luar anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sabah.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada barisan penyunting buku ini, iaitu Profesor Madya Dr. Saidatul Nornis Mahali dan Profesor Datuk Dr. Kasim Mansor atas sumbangan ilmu yang sangat bermakna ini.

Majlis penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Isnin bin Haji Aliasnih@Liasnih, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri mewakili Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah di Dewan Amil Jaya, DBP Cawangan Sabah.

Antara yang hadir pada majlis ini ialah Pengarah Penerbit UMS, Prof. Dr. Patricia Matanjun, Pengarah DBP Cawangan Sabah, Puan Jennitah Noordin dan Yang Berbahagia Datuk Dr. Hazami bin Jahari, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pengiktirafan yang amat bermakna ini diharapkan dapat menjadi pembakar semangat untuk warga UMS terus menerbitkan karya-karya ilmiah yang berkualiti tinggi dan berimpak.

Kredit Foto: Encik Rostam Marinsan, Canselori

SUMBER

PAUTAN PANTAS

PELAJAR

PAUTAN LAIN

KAMPUS INDUK UMS

Universiti Malaysia Sabah
Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu
Sabah, Malaysia
Tel: +(60)88 320000
Emel: ccc@ums.edu.my

UMS KAMPUS LABUAN

UMS Kampus Antarabangsa Labuan
Jalan Sungai Pagar, 87000 WP Labuan
Tel: +(60)87 - 503000
Emel: adminkal@ums.edu.my

Image
ums brain of borneo
#UMStheBrainofBorneo
#BrainofBorneo

Pilih bahasa anda