Pilih bahasa anda

Language

Pengumuman Daripada: Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Akademik

 

PENGAKTIFAN AKAUN SISTEM INTERACTIVE TECHNOLOGY-ENABLED LEARNING (iTEL) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
 
YBhg. Prof. / Datuk / Datin / Dr. / Tuan / Puan, serta para pelajar yang dihormati,
 
Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Akademik (PPKA) dengan sukacitanya memaklumkan bahawa sistem iTEL UMS telah berjaya dinaik taraf dan akan digunakan sepenuhnya bermula bagi pengajian Semester 1 Sesi 2026/2027.
 
Sehubungan dengan itu, semua pensyarah dan pelajar adalah DIWAJIBKAN untuk log masuk buat kali pertama bagi tujuan pengaktifan akaun. Tindakan ini amat penting bagi memastikan profil dan nama anda dapat dikesan oleh sistem baharu ini.
 
Sila ambil maklum bahawa tanpa pengaktifan ini:
  • Bagi Pensyarah: Anda tidak dapat diberikan akses mengajar oleh sistem bagi kursus-kursus di bawah seliaan anda.
  • Bagi Pelajar: Anda tidak dapat mendaftar ke dalam kursus-kursus yang ditawarkan pada semester ini.
Mohon laksanakan langkah-langkah pengaktifan akaun iTEL seperti berikut sebelum sesi perkuliahan bermula:
  1. Layari Pautan: Pergi ke pautan rasmi itel.ums.edu.my.
  2. Log Masuk: Masukkan Nama Pengguna (Username) dan Kata Laluan (Password) rasmi anda.
  3. Mula Teroka: Anda kini berjaya log masuk! Sila semak profil anda dan mula akses/daftar kursus anda.
Bagi memudahkan urusan, anda juga boleh menonton panduan ringkas log masuk di platform YouTube melalui pautan ini: https://youtu.be/I0hIOz9nZQY. Sila rujuk lampiran "Poster Pengaktifan akaun iTEL.pdf" yang disertakan bersama e-mel ini untuk panduan visual.
Sokongan dan tindakan segera daripada seluruh warga UMS amatlah dihargai bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi Semester 1 Sesi 2026/2027.

SUMBER

PAUTAN PANTAS

PELAJAR

PAUTAN LAIN

KAMPUS INDUK UMS

Universiti Malaysia Sabah
Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu
Sabah, Malaysia
Tel: +(60)88 320000
Emel: ccc@ums.edu.my

UMS KAMPUS LABUAN

UMS Kampus Antarabangsa Labuan
Jalan Sungai Pagar, 87000 WP Labuan
Tel: +(60)87 - 503000
Emel: adminkal@ums.edu.my

Image
ums brain of borneo
#UMStheBrainofBorneo
#BrainofBorneo

Pilih bahasa anda