Salam sejahtera dan salam hormat, YBhg. Prof. / YBrs. Prof. Madya / Dr. / Tuan / Puan,
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
Dimaklumkan bahawa Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan (IBTP), Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan menganjurkan Karnival Biodiversiti IBTP 2026 bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Ke-30 IBTP sebagai wadah untuk meraikan tiga dekad kecemerlangan, sumbangan dan pencapaian IBTP dalam bidang penyelidikan, pemuliharaan serta pengurusan biodiversiti tropika.
📅 Tarikh: 28 Ogos 2026 (Jumaat)
🎉 MAJLIS PERASMIAN
⏰ Masa: 8:30 pagi – 12:30 tengah hari
📍 Tempat: Bilik Seminar 2 & 3, IBTP, UMS
🌱 PROGRAM KARNIVAL BIODIVERSITI
⏰ Masa: 2:00 petang – 4:30 petang
📍 Tempat: Bilik Seminar 2 & 3, IBTP, UMS
🌿 Antara pengisian utama program adalah:
·Majlis Perasmian Sambutan Ulang Tahun Ke-30 IBTP
·Lawatan ke reruai pameran Karnival Biodiversiti
·Perasmian Taman Botani Tropika IBTP
·Simbolik penanaman pokok
·Sesi ceramah “Urban Insects in a Changing World: Challenges for Sustainable Cities and Communities”
·Program Penanaman 30 Pokok, Satu Legasi Kelestarian