Pengumuman Daripada: Jabatan Digital

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Jabatan Digital akan melaksanakan kerja-kerja migrasi Sistem SEF ke versi baharu pada ketetapan berikut:
Tarikh: 16 Julai 2026
Masa: 6.00 petang – 11.30 malam
Sepanjang tempoh tersebut, sistem SEF dan E-Meeting akan ditutup daripada sebarang capaian. Pengguna dinasihatkan supaya merancang urusan berkaitan SEF dan E-Meeting lebih awal bagi mengelakkan sebarang kesulitan.
Hebahan lanjut akan dimaklumkan setelah proses migrasi selesai dan sistem beroperasi seperti biasa.
Sekian.Terima Kasih


