Pengumuman Daripada: Pusat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

PERINGATAN PENCEMARAN UDARA SEMASA
Utamakan kesihatan, lindungi diri dan orang tersayang.
Salam Sejahtera dan Salam Malaysia MADANI,
Merujuk kepada data Indeks Pencemaran Udara (IPU) bagi kawasan Kota Kinabalu, bacaan semasa menunjukkan bahawa tahap kualiti udara berada pada Tahap Sederhana.
📍 Kota Kinabalu: 99 (Sederhana)
📅 Dikemaskini: Isnin, 21 September 2026
🕑 Masa: 2.00 petang
Tahap Sederhana menunjukkan kualiti udara adalah boleh diterima. Walau bagaimanapun, pendedahan kepada pencemaran udara masih boleh menjejaskan kesihatan, terutamanya bagi golongan sensitif/berisiko tinggi seperti mencetuskan serangan asma, batuk, sesak nafas, sakit dada dan masalah kesihatan lain.
👥 Golongan Berisiko Tinggi (Perlu Lebih Berhati-hati)
Golongan yang perlu mengambil langkah berjaga-jaga termasuk:
✅ Warga emas (65 tahun ke atas)
✅ Kanak-kanak
✅ Pesakit asma atau masalah pernafasan
✅ Pesakit jantung
✅ Wanita mengandung
✅ Pekerja luar (termasuk yang melakukan aktiviti fizikal berat)
🛡️ Langkah Perlindungan Diri:
😷 Pakai pelitup muka (N95, KN95 atau F94) apabila perlu keluar rumah.
💧 Minum air secukupnya.
🏃 Elakkan aktiviti lasak di luar bangunan.
🏠 Kekal di dalam bangunan dan pastikan pengudaraan baik.
📱 Pantau IPU sewaktu melalui laman web atau aplikasi mudah alih.
❗ Hentikan aktiviti luar yang tidak perlu, terutamanya bagi golongan berisiko.
➕ Pastikan ubat-ubatan pernafasan sentiasa tersedia bagi pesakit asma.
🏥 Dapatkan rawatan segera di fasiliti kesihatan berdekatan jika mengalami sesak nafas, batuk berterusan atau sakit dada.
🌐 Maklumat Lanjut & Talian Kecemasan Semak IPU Semasa: Layari aqicn.org
Talian Kecemasan: 999
Tindakan kecil hari ini, demi kesihatan kita semua.


