Pengumuman Daripada: Pusat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

UTAMAKAN KESIHATAN, LINDUNGI DIRI DAN ORANG TERSAYANG
Merujuk kepada data terbaharu daripada APIMS - Jabatan Alam Sekitar (dikemaskini pada 13 Ogos 2026, 07:00 pagi), Indeks Pencemaran Udara (IPU) bagi kawasan Kota Kinabalu, Sandakan dan Labuan berada pada Tahap Sederhana (71 - 79):
Kota Kinabalu: 79 (Sederhana)
Sandakan: 72 (Sederhana)
Labuan: 71 (Sederhana)
Golongan yang perlu mengambil langkah waspada terutamanya:
✅Warga emas (65 tahun ke atas)
✅Kanak-kanak
✅Pesakit asma atau masalah pernafasan
✅Pesakit jantung
✅Wanita mengandung
✅Pekerja luar (termasuk yang melakukan aktiviti fizikal berat)


