Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
YBrs. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,
Sukacita dimaklumkan bahawa British Council kini membuka permohonan Disability Inclusion Partnerships 2026.
Program ini menawarkan geran sehingga £25,000 bagi menyokong kerjasama antara Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di United Kingdom (UK) yang layak dengan negara rakan terpilih, termasuk Malaysia, bagi memperkukuh keterangkuman Orang Kurang Upaya (OKU) dalam pendidikan tinggi.
📌 Tarikh tutup permohonan: 21 September 2026
Maklumat lanjut dan permohonan boleh dibuat melalui pautan berikut:
https://opportunities-insight.britishcouncil.org/short-articles/opportunities/disability-inclusion-partnerships-2026
https://opportunities-insight.britishcouncil.org/short-articles/opportunities/disability-inclusion-partnerships-2026
Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan boleh diemelkan kepada:
Alamat e-mel ini dilindungi daripada bot spam. Anda perlu mengaktifkan JavaScript untuk melihatnya.
Bersama-sama ini dilampirkan poster hebahan untuk makluman dan perhatian YBrs. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan.
Sekian, terima kasih.


