Pengumuman Daripada: Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Akademik

Pertandingan eLEAD'26 Kini Dibuka!
Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera warga UMS yang dihormati,
YBhg. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan dan para pelajar yang dikasihi,
Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Akademik (PPKA), Universiti Malaysia Sabah dengan sukacitanya menjemput seluruh warga UMS untuk menyertai pertandingan eLEAD'26.
Pertandingan yang dijalankan secara maya ini merupakan platform terbaik untuk anda mengetengahkan inovasi digital, kreativiti dalam pembelajaran, dan penyelesaian berimpak tinggi.
Mengapa Anda Wajib Menyertai eLEAD '26?
Selain pengiktirafan pingat Emas, Perak, dan Gangsa serta Anugerah Khas (Best IOER/OER, Best Trend-Setter, & Best Micro-Flexible), Johan (Champions) bagi pertandingan ini akan menerima TAJAAN untuk mewakili UMS ke peringkat IUCEL 2026! Tajaan ini merangkumi yuran penyertaan, pendaftaran hak cipta, tiket penerbangan pergi-balik, penginapan, dan kos cetakan poster.
Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk membawa inovasi anda ke peringkat yang lebih tinggi!
Ayuh, serlahkan kreativiti digital anda dan jadilah pencetus inovasi UMS!
Sekian, terima kasih.
Urus Setia eLEAD '26
Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Akademik (PPKA)
Universiti Malaysia Sabah


