Pengumuman Daripada: Bahagian EcoCampus, Pusat Pengurusan Strategik

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
PROGRAM eSINERGI @UMS 2026 (KUTIPAN e-WASTE)
Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian EcoCampus, Pusat Pengurusan Strategik (PPS) akan melaksanakan Program eSinergi @UMS 2026 (Kutipan e-Waste) sebagai salah satu usaha memperkukuh amalan pengurusan sisa elektronik yang lebih bertanggungjawab dan lestari di kampus. Kaunter kutipan akan dibuka seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 9 September 2026 (Rabu)
Masa : 9.00 pagi – 12.00 tengah hari
Tempat : Lot Tempat Letak Kenderaan, Anjung Siswa
Bagi memudahkan JAFPIB yang mempunyai e-waste dalam kuantiti yang banyak, Bahagian EcoCampus turut menyelaras perkhidmatan kutipan secara pukal “door-to-door” di Kampus Kota Kinabalu. Kutipan akan dilaksanakan mengikut jadual yang diselaraskan oleh Bahagian EcoCampus. JAFPIB yang berminat dimohon mengemukakan permohonan selewat-lewatnya pada 8 September 2026 (Selasa) melalui pautan berikut:
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada En.Suffian Osman (016-253 6909) atau Pn. Nor Farizah Raina binti Yahya (013-863 2673).
Sekian.


