Pengumuman Daripada: Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan

Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera dan Salam FSMP, Kepimpinan Berilmu, Mahasiswa Berkualiti.
PROGRAM FOOD FESTIVAL 2026 (FoodFest’26) KEMBALI LAGI ! 🌊
Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan sesi 2025/2026 akan menganjurkan Food Festival 2026 pada ketetapan berikut:
📆 Tarikh : 25 Jun 2026 (Khamis)
🕰️ Masa : 7.00 pagi hingga 6.00 petang
📍 Lokasi : Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan, UMS
Festival ini bertujuan untuk mengetengahkan kepelbagaian industri serta inovasi dalam bidang sains makanan dan pemakanan.
✨ Antara Aktiviti Menarik:
• Food Venture Hunt
• Cooking Show
• Pertandingan Poster Digital & Video TikTok
• Pameran Food Product Development & Food Innovation
• Tamu Dessert & Sampel Makanan Percuma
• Pameran Agensi Luar & Pemeriksaan Antropometri
• Jualan lebih daripada 45 Penggerai & Food Truck!
Seluruh warga universiti amat dialu-alukan hadir bagi memeriahkan festival ini. Jumpa anda di sana!
Sekian, terima kasih.
”WHERE THE FLAVOR MEETS THE OCEAN”


