Pengumuman Daripada: Pusat Pembangunan Kerjaya dan Keusahawanan

TAJUK: PELAJAR UMS ADA IDEA BERNILAI - TAPI TAK TAHU NAK MULA?
Copywriting:
ANDA ADA IDEA YANG BOLEH JADI BISNES BESAR?
Mungkin sekarang cuma nampak macam “assignment”, hobi, projek kelas atau content media sosial…
tetapi sebenarnya idea itu boleh dikembangkan menjadi startup, produk inovasi atau perusahaan berimpak tinggi
Sertai PROGRAM JAGUH KEUSAHAWANAN NASIONAL 2026 - pembangunan usahawan mahasiswa terbesar anjuran Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) dengan kerjasama Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sabah, Kampus Kota Kinabalu 💼✨
📍 UiTM Cawangan Sabah Kampus Kota Kinabalu
📅 22 - 23 Mei 2026 (Jumaat- Sabtu)
🎯 Penyertaan: PERCUMA (termasuk penginapan, makan minum & sijil penyertaan)
-
Terhad kepada 250 peserta sahaja
-
Penyertaan secara berkumpulan (Max. 4 orang / kumpulan)
Apa yang anda akan dapat?
✨ Bengkel intensif bersama pakar industri
✨ Bimbingan mentor berpengalaman
✨ Peluang membina idea & prototaip
✨ Pengalaman pitching di peringkat kebangsaan
✨ Peluang eksklusif ke Top 30 kumpulan ke Fasa 02
Siapa boleh mohon?
✔️ Pelajar IPT & TVET
✔️ Graduan & Alumni program PROTÉGÉ (berumur sehingga 30 tahun)
Bidang Fokus Program
🚀 HGHV (High Growth High Value - Bisnes yang mempunyai potensi berkembang cepat dan bernilai tinggi.)
Contoh idea: aplikasi AI / digital platform, teknologi pertanian pintar, produk kesihatan inovatif, drone & automasi, teknologi pendidikan (EdTech), startup digital & SaaS, renewable energy, dll)
🎨 Ekonomi Jingga (Orange Economy - Ekonomi berasaskan kreativiti, budaya, seni dan digital content.)
Contoh idea: content creator / studio kreatif, animasi & game development, fesyen & reka bentuk, fotografi & videografi, muzik, filem & media digital, branding & creative marketing, produk budaya dan warisan Sabah
🌊 Ekonomi Biru (Blue Economy - Pembangunan ekonomi berkaitan laut dan sumber marin secara lestari.)
Contoh idea: aquaculture & aqupreneur , produk makanan laut inovatif, eco-tourism marin, teknologi perikanan, pemuliharaan laut, renewable ocean energy, produk berasaskan rumpai laut)
Perusahaan sosial amat dialu-alukan!
🎯 Kenapa anda perlu sertai?
Kerana ini bukan sekadar program — ini adalah platform untuk anda membina idea, mengembangkan potensi, dan melangkah sebagai usahawan masa depan
👉 Daftar sekarang & jadi JAGUH anda sendiri!


