Pengumuman Daripada: Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa

📢 PROGRAM JOM SIHAT DAN SELAMAT: Ke Arah Kampus Sihat Tahun 2026💚💙
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), Universiti Malaysia Sabah akan menganjurkan Program Jom Sihat & Selamat 2026 bersempena World Hepatitis Day pada ketetapan berikut:
📅 Tarikh: 28 Julai 2026 (Selasa)
🕗 Masa: 8.00 pagi – 5.00 petang
📍 Lokasi: BMAA dan Foyer PPIB, Universiti Malaysia Sabah
Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran warga universiti mengenai kepentingan kesihatan fizikal, kesejahteraan mental, keselamatan diri serta menggalakkan amalan gaya hidup sihat melalui pelbagai aktiviti interaktif dan perkhidmatan kesihatan.
✨ Antara aktiviti yang disediakan:
• Reruai makanan bertemakan kesihatan
• Ceramah Kesihatan dan Kesejahteraan
• Aktiviti Kecergasan Mental/Mindfulness
• Urutan Terapi oleh Pengurut Orang Buta
• Saringan / Pemeriksaan Kesihatan
Tertakluk kepada perkhidmatan yang disediakan oleh agensi/jabatan yang terlibat.
Sempena World Hepatitis Day, marilah bersama-sama meningkatkan kesedaran tentang kepentingan saringan awal serta penjagaan kesihatan demi kesejahteraan diri dan masyarakat.
Seluruh warga universiti dijemput hadir bagi memeriahkan program ini. Jumpa anda di sana! Sila imbas kod QR yang disediakan untuk membuat pendaftaran sebagai peserta.
Sekian, terima kasih.
JOM SIHAT & SELAMAT: HIDUP LEBIH SIHAT, MINDA LEBIH SEJAHTERA
#SihatBadan #SihatMinda, #SelamatDiri #SejahteraHidup


