Pilih bahasa anda

Language

Pengumuman Daripada: Hospital UMS

 

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat CHAMP, Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS), Universiti Malaysia Sabah (UMS), dengan kerjasama Oasis Place, akan menganjurkan Program Latihan Keibubapaan SIGNPOSTS: Mengurus Tingkah Laku Sukar Kanak-Kanak, khusus untuk ibu bapa dan penjaga yang mempunyai anak berumur 6 hingga 12 tahun.

Program ini bertujuan untuk membantu ibu bapa dan penjaga memahami tingkah laku kanak-kanak, mengenal pasti kekuatan serta pencetus tingkah laku, dan mempelajari strategi praktikal bagi mengurangkan tingkah laku sukar serta membina tingkah laku yang lebih positif dan sesuai.

Butiran program adalah seperti berikut:

·       Tarikh: 24 November, 8 Disember dan 15 Disember 2026

·       Tempat: Bilik Kuliah, Aras 1, Pusat Rawatan Warga, UMS

·       Yuran penyertaan: RM450 seorang

·       Tarikh tutup pendaftaran: 20 November 2026

·       Sasaran peserta: Ibu bapa dan penjaga kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun

Pendaftaran boleh dibuat dengan mengimbas kod QR yang tertera pada poster.

Untuk maklumat lanjut, pihak yang berminat boleh menghubungi nombor telefon yang dinyatakan pada poster.

SUMBER

PAUTAN PANTAS

PELAJAR

PAUTAN LAIN

KAMPUS INDUK UMS

Universiti Malaysia Sabah
Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu
Sabah, Malaysia
Tel: +(60)88 320000
Emel: ccc@ums.edu.my

UMS KAMPUS LABUAN

UMS Kampus Antarabangsa Labuan
Jalan Sungai Pagar, 87000 WP Labuan
Tel: +(60)87 - 503000
Emel: adminkal@ums.edu.my

Image
ums brain of borneo
#UMStheBrainofBorneo
#BrainofBorneo

Pilih bahasa anda