Pengumuman Daripada: Bahagian Pendidikan dan Zakat, Pusat Islam UMS

📢 Selamat Menjalani Cuti Semester 2 Sesi 2025/2026 Kepada seluruh mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Bahagian Pendidikan dan Zakat (BPZ), Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah (PIUMS) mengucapkan selamat menjalani cuti semester. Semoga tempoh cuti ini dimanfaatkan sebaiknya, meluangkan masa bersama keluarga dan membuat persediaan menghadapi semester baharu dengan lebih bersemangat.
💙 Rancang kewangan anda lebih awal!
Bagi pelajar yang memerlukan bantuan kewangan, sila ambil perhatian terhadap Takwim Agihan Zakat Pelajar UMS Tahun 2026 adalah seperti berikut:
📌 Permohonan Bantuan Zakat Pelajar UMS
Semester 1 Sesi 2026/2027
🗓️ 21 September – 9 Oktober 2026
📌 Permohonan Zakat (One-Off)
🗓️ Dibuka sepanjang tahun mengikut syarat dan kelayakan yang ditetapkan.
Jangan lepaskan peluang untuk mengemukakan permohonan dalam tempoh yang telah ditetapkan. Perancangan awal akan membantu memastikan urusan pengajian anda berjalan dengan lebih lancar.
✨ Rancang lebih awal, ringankan beban.
Zakat Membantu, Pendidikan Terus Maju.
#ZakatUMSPusatIslamUMS
#membangunbersamaasnaf
#menyantuniasnaf
#zakatmembawaberkat
#UMSBrainOfBorneo


