Pengumuman Daripada: Pusat Jaminan Kualiti

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Setinggi-tinggi tahniah kepada Program Doktor Pendidikan (Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan) (MQA/PA 19064), Fakulti Pendidikan dan Pengajian Sukan UMS atas kejayaan memperoleh Perakuan Akreditasi Sementara daripada MQA.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh warga FPPS atas komitmen, dedikasi dan usaha berterusan dalam memastikan kualiti program akademik yang cemerlang. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin ke arah kecemerlangan berterusan UMS.


