Pengumuman Daripada: Pusat Jaminan Kualiti

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Setinggi-tinggi tahniah kepada Program Program Sarjana Muda Kaunseling Dengan Kepujian (MQA/PA 18840), Fakulti Psikologi dan Kerja Sosial UMS atas kejayaan memperoleh Perakuan Akreditasi Sementara tanpa syarat daripada MQA.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh warga FPKS atas komitmen, dedikasi dan usaha berterusan dalam memastikan kualiti program akademik yang cemerlang. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin ke arah kecemerlangan berterusan UMS.


