Pengumuman Daripada: Pusat Jaminan Kualiti

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Setinggi-tinggi tahniah kepada Program Sarjana Sains dalam Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (MQA/PA 19230), Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UMS atas kejayaan memperoleh Perakuan Akreditasi Sementara daripada MQA.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh warga FPSK atas komitmen, dedikasi dan usaha berterusan dalam memastikan kualiti program akademik yang cemerlang. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin ke arah kecemerlangan berterusan UMS.


