Pilih bahasa anda

Language

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan (PPP)

 

 

YBrs. Prof. Dr./Prof. Madya Dr./Tuan/Puan,

 JEMPUTAN MENGHADIRI TAKLIMAT PENGISIAN DATA MYRA TAHUN 2026

 Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 2.           Sukacita dimaklumkan bahawa, Pusat Pengurusan Penyelidikan (PPP) berbesar hati menjemput YBrs. Prof. Dr./Prof. Madya Dr./Tuan/Puan menghadiri Taklimat Pengisian Data MyRA tahun 2026  seperti yang dinyatakan di atas pada ketetapan berikut;

Tarikh               : 13 November 2026 (Jumaat)

Masa                : 2.30 Petang

Tempat (online) : Online (Microsoft Teams)

(TAKLIMAT PENGISIAN DATA MYRA TAHUN 2026)

3.           Penganjuran taklimat ini bertujuan memberikan panduan yang lebih jelas, menyeluruh dan terperinci mengikut seksyen berhubung proses pengisian data MyRA dalam sistem baharu yang dibangunkan serta sistem sedia ada.

4.            Sehubungan itu, dipohon semua Penyelaras MyRA Fakulti/Akademik/Pusat/Institut (FAPI), Pemverifikasi dan Pembekal Data MyRA UMS untuk hadir ke sesi taklimat ini dan uar-uarkan kepada pensyarah di setiap F/A/P/I masing-masing untuk turut hadir.

5.            Segala kerjasama, perhatian dan komitmen YBrs. Prof. Dr./Prof. Madya Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

SUMBER

PAUTAN PANTAS

PELAJAR

PAUTAN LAIN

KAMPUS INDUK UMS

Universiti Malaysia Sabah
Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu
Sabah, Malaysia
Tel: +(60)88 320000
Emel: ccc@ums.edu.my

UMS KAMPUS LABUAN

UMS Kampus Antarabangsa Labuan
Jalan Sungai Pagar, 87000 WP Labuan
Tel: +(60)87 - 503000
Emel: adminkal@ums.edu.my

Image
ums brain of borneo
#UMStheBrainofBorneo
#BrainofBorneo

Pilih bahasa anda