Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan

Assalammualaikum & salam sejahtera
YBhg. Datuk / Prof. / Prof. Madya / Dr. / Tuan / Puan,
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Penyelidikan ingin mempelawa entiti penyelidikan seperti Pusat Penyelidikan, Makmal Penyelidikan, dan Makmal Hidup yang telah ditubuhkan untuk dinaiktaraf sebagai Pusat/Makmal Yang Diiktiraf.
3. Berikut adalah tarikh dan aktiviti penting berkaitan permohonan Penarafan Entiti Penyelidikan bagi tahun 2026:
- Permohonan dihantar oleh FAPI: 15 Julai hingga 14 Ogos 2026
- Saringan Permohonan: 17 - 28 Ogos 2026
- Audit Pembuktian Permohonan: 1 - 25 September 2026
- Mesyuarat Jawatankuasa Penarafan Entiti Penyelidikan (JKPEP) Bil 2/2025: Ogos 2026
- Pelaporan JKPEP kepada Jawatankuasa Penyelidikan & Inovasi UMS: Disember 2026
4. Sehubungan itu, pihak kami memohon kerjasama dan jasa baik para Dekan / Pengarah / Timbalan Dekan / Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi) untuk menguar-uarkan perkara ini kepada semua kakitangan akademik di FAPI masing-masing.
5. Bersama ini dilampirkan dokumen yang berkaitan permohonan untuk rujukan pihak YBhg. Datuk / Prof. / Prof. Madya / Dr. / Tuan / Puan menerusi pautan berikut Dokumen Penarafan Entiti Penyelidikan
6. Sila ambil maklum bahawa, semua permohonan hendaklah dihantar menerusi e-mel Alamat e-mel ini dilindungi daripada bot spam. Anda perlu mengaktifkan JavaScript untuk melihatnya. .my dan disalinkan kepada Alamat e-mel ini dilindungi daripada bot spam. Anda perlu mengaktifkan JavaScript untuk melihatnya. .
Sebarang maklumat lanjut, pihak YBhg. Datuk / Prof. / Prof. Madya / Dr. / Tuan / Puan boleh menghubungi Pegawai di Unit Penarafan Entiti Penyelidikan PPP iaitu Encik Mohd. Aminur Faiz bin Suis, menerusi emel Alamat e-mel ini dilindungi daripada bot spam. Anda perlu mengaktifkan JavaScript untuk melihatnya.
Sekian, terima kasih.


