Select your language

Language

Pengumuman Daripada: Sektor Peperiksaan dan Penilaian, Bahagian Perkhidmatan Akademik

Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,
 
TARIKH AKHIR KEMASUKAN MARKAH DAN GRED BAGI SEMESTER 1 SESI 2025/2026
 
Dengan hormatnya perkara yang tersebut di atas adalah dirujuk.
 
Sukacita dimaklumkan bahawa tarikh akhir kemasukan markah bagi Semester 1 Sesi 2025/2026 adalah pada 04 Mac 2026 (Rabu) melalui Portal Sistem Maklumat Pelajar Bersepadu (http://smp.ums.edu.my).
 
Mohon kerjasama agar dapat memanjangkan pemakluman tarikh akhir berkenaan dan infografik berkenaan proses kemasukan markah dan gred seperti yang dilampirkan kepada semua kakitangan akademik di Fakulti/Akademi/Pusat YBrs. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan.
 
Kerjasama YBrs. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan, dalam perkara ini sangat dihargai bagi memastikan proses kemasukan markah berjalan lancar dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Yang ikhlas,
 
Sektor Peperiksaan dan Penilaian,
Bahagian Perkhidmatan Akademik

SUMBER

PAUTAN PANTAS

PELAJAR

PAUTAN LAIN

KAMPUS INDUK UMS

Universiti Malaysia Sabah
Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu
Sabah, Malaysia
Tel: +(60)88 320000
Emel: ccc@ums.edu.my

UMS KAMPUS LABUAN

UMS Kampus Antarabangsa Labuan
Jalan Sungai Pagar, 87000 WP Labuan
Tel: +(60)87 - 503000
Emel: adminkal@ums.edu.my

Image
ums brain of borneo
#UMStheBrainofBorneo
#BrainofBorneo

Select your language