Pengumuman Daripada: Bahagian Perkhidmatan Akademik (BPA)
Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani,
Dengan hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
Bahagian Perkhidmatan Akademik (BPA), Universiti Malaysia Sabah (UMS) mempelawa pengusaha yang berminat untuk menyewa ruang niaga di Kafeteria Bahagian Perkhidmatan Akademik, Kompleks Dewan Kuliah Pusat Ke-2, UMS.
Tarikh tutup permohonan:
📅 26 Ogos 2026 (Rabu)
⏰ 4.00 petang
Semua dokumen hendaklah dihantar ke Pejabat Bahagian Perkhidmatan Akademik (BPA) sebelum atau pada tarikh dan masa yang ditetapkan. Permohonan yang diterima selepas tempoh tersebut tidak akan dipertimbangkan.