Pengumuman Daripada: Fakulti Pendidikan dan Pengajian Sukan

Fakulti Pendidikan dan Pengajian Sukan (FPPS), Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan sukacitanya menjemput pelajar pascasiswazah, pendidik, pensyarah, penyelidik serta pengamal akademik untuk menyertai The International Postgraduates & Educators Colloquium 2026 (PostEd Colloquium 2026).
Kolokium bertemakan “Transforming the Global Educational Landscape Through High-Impact Research Narratives” ini merupakan platform perkongsian hasil penyelidikan, penyelidikan tindakan dan inovasi pendidikan serta peluang untuk memperkukuh jaringan kerjasama akademik.
Butiran program adalah seperti berikut:
Tarikh: 16–17 Disember 2026 (Rabu dan Khamis)
Masa: 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat: Fakulti Pendidikan dan Pengajian Sukan (FPPS), UMS
Kaedah: Hibrid (Pembentangan Fizikal dan Video)
Tarikh Akhir Penghantaran Abstrak: 15 November 2026
Warga UMS yang berminat adalah dijemput untuk menyertai kolokium ini sama ada sebagai pembentang atau peserta.
Pendaftaran dan Maklumat Lanjut: https://upc.ums.edu.my/event/265/
Pertanyaan: Alamat e-mel ini dilindungi daripada bot spam. Anda perlu mengaktifkan JavaScript untuk melihatnya.


