Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Strategik

Tahniah dan syabas kepada seluruh warga Universiti Malaysia Sabah (UMS) atas pencapaian cemerlang dalam Times Higher Education (THE) Impact Rankings 2026.
UMS telah berjaya berada dalam kelompok 301–400 universiti terbaik dunia dalam penarafan ini, sekali gus mengukuhkan kedudukan universiti sebagai institusi yang memberi impak nyata kepada masyarakat melalui pendidikan, penyelidikan, pemindahan ilmu dan penglibatan komuniti berteraskan pembangunan mampan.
Pencapaian ini turut menyaksikan UMS diiktiraf dalam kalangan universiti terbaik dunia bagi:
🏆 SDG 1: No Poverty – 44th Globally
🏆 SDG 2: Zero Hunger – 59th Globally
🏆 SDG 2: Zero Hunger – 59th Globally
Selain itu, UMS turut mencatat prestasi memberangsangkan dalam pelbagai SDG lain, termasuk berada dalam kelompok 101–200 terbaik dunia bagi SDG 3 (Good Health and Well-being), SDG 4 (Quality Education), SDG 5 (Gender Equality), SDG 6 (Clean Water and Sanitation), SDG 7 (Affordable and Clean Energy), SDG 14 (Life Below Water) dan SDG 17 (Partnerships for the Goals).
Pencapaian ini mencerminkan komitmen kukuh UMS dalam memanfaatkan pendidikan, penyelidikan berimpak, inovasi, pemindahan ilmu dan penglibatan komuniti bagi menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat, pemeliharaan alam sekitar dan pembangunan mampan di peringkat global.
Pencapaian dan impak UMS adalah hasil dedikasi serta sumbangan kolektif pelajar, akademik, penyelidik, staf, alumni, rakan industri dan komuniti yang sentiasa bersama-sama menjayakan aspirasi universiti.
Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin kepada usaha berterusan dalam memperkukuh peranan UMS sebagai "The Brain of Borneo", menerajui kecemerlangan akademik dan penyelidikan, serta menyumbang kepada pembangunan mampan untuk manfaat masyarakat, negara dan dunia.
Tahniah UMS!
Bersama, Kita Membentuk Masa Depan yang Mampan.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
TIMES HIGHER EDUCATION (THE) IMPACT RANKINGS 2026
Congratulations to the entire Universiti Malaysia Sabah (UMS) community on its outstanding achievement in the Times Higher Education (THE) Impact Rankings 2026.
UMS has successfully secured a position within the 301–400 band globally, further strengthening its standing as a university that creates meaningful impact through education, research, knowledge transfer, and community engagement in support of sustainable development.
This achievement has also placed UMS among the world's leading universities in:
🏆 SDG 1: No Poverty – 44th Globally
🏆 SDG 2: Zero Hunger – 59th Globally
🏆 SDG 2: Zero Hunger – 59th Globally
In addition, UMS achieved strong performance across multiple Sustainable Development Goals, including being ranked within the Top 101–200 globally for SDG 3 (Good Health and Well-being), SDG 4 (Quality Education), SDG 5 (Gender Equality), SDG 6 (Clean Water and Sanitation), SDG 7 (Affordable and Clean Energy), SDG 14 (Life Below Water), and SDG 17 (Partnerships for the Goals).
These achievements reflect UMS' strong commitment to leveraging education, impactful research, innovation, knowledge transfer, and community engagement to contribute towards societal well-being, environmental stewardship, and sustainable development on a global scale.
The achievements and impact of UMS are the result of the collective dedication and contributions of our students, academics, researchers, staff, alumni, industry partners, and communities who continue to support and advance the University's aspirations.
May this achievement inspire even greater efforts as UMS continues to strengthen its role as "The Brain of Borneo", advancing excellence in education and research while contributing meaningfully to sustainable development for the benefit of society, the nation, and the world.
Congratulations UMS!
Together, We Shape a Sustainable Future.


