PROJECTS
CORPORATE SERVICE RESPONSIBILITY
Hasil Projek KIK IPMB Berjaya Mendapat Penarafan Emas di Konvensyen Team Execellence Kebangsaan Tahun 2017
Hasil Projek Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Kumpulan Eco-Tech dari Institut Penyelidikan Marin Borneo (IPMB), UMS telah berjaya mendapat penarafan Emas dalam Konvensyen Team Excellence Peringkat Kebangsaan 2017 yang telah berlangsung pada 14 hingga 16 November 2017 di Genting International Convention Centre (GICC). Konvensyen ini diadakan bersempena dengan Annual Productivity & Innovation Conference and Exposition (APIC) 2017. Kumpulan Eco-Tech yang telah ditubuhkan pada 15 Jun 2016 ini telah membentangkan projek yang bertajuk "Pematuhan yang Rendah Terhadap Pengujian Berkala Fasiliti Keselamatan Makmal 'Emergency Safety Shower & Eyewash Station'". Projek ini telah berjaya menghasilkan produk iaitu Eco-Shower Kit yang berfungsi sebagai alat bantu pengujian berkala Emergency Safety Shower & Eyewash Station.
Sebelum kejayaan di peringkat kebangsaan APIC 2017, Kumpulan Eco-Tech telah berjaya mendapat kejayaan di beberapa konvensyen dan pertandingan yang telah disertai. Antaranya:
Bil. | Program | Tempat/Tarikh | Pencapaian |
1. | Konvensyen Kumpulan Penggerak Inovasi UMS 2017 | UMS, 24-25 Oktober 2017 | Juara Kategori DIY |
2. | Sabah Creativity & Innovation Technology Exhibition (SCINTEX) | ILP Kota Kinabalu, 26-28 Ogos 2017 | Anugerah Emas |
3. | Konvensyen Team Excellence Wilayah Sabah & Sarawak 2017 | Kota Kinabalu, 8-9 Ogos 2017 | Anugerah Emas |
4. | Konvensyen KIK Peringkat Universiti Awam Kali ke-13 | UNIMAP, 1-3 Ogos 2017 | Anugerah Perak |
5. | konvensyen Kumpulan Penggerak inovasi UMS 2016 | UMS, 24-25 Oktober 2016 | Fasilitator Terbaik & Tempat Ke-3 |
PROSES DAN CARTA ALIR PERMOHONAN PENGGUNAAN MAKMAL IPMB SEMASA PKPP
DIREKTORI KAKITANGAN MAKMAL IPMB
1. Borang Permohonan Menggunakan Makmal IPMB - DOWNLOAD
2. Borang Permohonan Menggunakan Makmal Luar Masa Pejabat - DOWNLOAD