PENGENALAN

KESUMBA atau nama penuhnya Kelab Suri Rumah dan Staf Wanita Universiti Malaysia Sabah telah ditubuhkan dengan rasminya pada 19 Oktober 1996. Majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Prof. Datuk Seri Panglima Dr. Abu Hassan Othman, Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah dan sekaligus mengadakan Mesyuarat Agung Penubuhannya. KESUMBA juga telah berdaftar dengan Pejabat Pendaftar Pertubuhan pada April 1998.

MOTO

Moto KESUMBA ialah "Maju Sehati" yang bermaksud usaha sehati menuju ke arah kemajuan

MATLAMAT

Mencapai persefahaman, kerjasama, kesejahteraan ahli-ahli menerusi kegiatan-kegiatan kelab

Mengadakan dan menjalin hubungan dengan badan-badan social lain yang sesuai dengan tugas dan matlamat persatuan

Berusaha membantu dan meninggikan imej serta nama baik UMS

Mengadakan, menganjur dan melaksanakan aktiviti-aktiviti dalam bidang sosial dan kebajikan.

Facebook Page KESUMBA

Jawatankuasa Tertinggi KESUMBA Sesi 2019-2021

AKTIVITI-AKTIVITI KESEUMBA PADA TAHUN 1996

19 Oktober
Majlis Pelancaran KESUMBA dirasmikan oleh Y.Bhg. Prof. Dato' Dr. Abu Hassan Othman, Naib Canselor UMS merangkap Penasihat KESUMBA.Mesyuarat Agung Penubuhan KESUMBA.

16 November
Majlis Penyampaian hadiah keapda Pemenang Pertandingan Mencipta Logo dan Moto KESUMBA disempurnakan oleh Y.Bhg. Prof. Dato' Dr. Abu Hassan Othman, Naib Canselor UMS.

19 Disember
Majlis Sambutan Nisfu Sha'aban 1417H di Masjid Kampus Jalan Tuaran anjuran Biro Hal Ehwal Agama dan Kebajikan.

AKTIVITI-AKTIVITI KESEUMBA PADA TAHUN 1997

2 Mac
Majlis Jamuan Kongsi Raya di Dewan Seri Canselor Kampus Jalan Tuaran. Di antara acara yang dijalankan ialah Pertandingan Melukis, Mewarna dan Pakaian Beragam Kanak-kanak. 

24 Mac
Kunjungan Kehormat terhadap YABhg. Toh Puan Datin Seri Panglima Hajah Siti Rukaiyah Datuk Panglima Abdullah di Istana Negeri.

30 Mac
Bengkel Kesihatan mengenai Pengurusan Berat Badan di Dewan Seri Sabah anjuran Biro Pendidikan dan Pelajaran dengan kerjasama Biro Kesenian dan Kebudayaan.Bengkel Tatarias Diri di Bilik Mesyuarat Utama anjuran Biro Kesenian dan Kebudayaan dengan kerjasama Biro Pendidikan dan Pelajaran.

7 Mei Forum sempena Sambutan Ma'al Hijrah 1417H di Teater Mini Kampus Jalan Tuaran anjuran Biro Hal Ehwal Agama dan Kebajikan. Tema forum "Cabaran dan Kaedah Meningkatkan Martabat Ummah".

26 Mei Menyelaras Jamuan untuk Majlis Ikrar dan Majlis Makan Malam sempena Minggu Suai Mesra 1997/98 di Kampus Jalan Tuaran.

27 Jun Demonstrasi Gubahan Bunga di Bilik Mesyuarat Utama Kampus Likas anjuran Biro Kesenian dan Kebudayaan dengan kerjasama Biro Pendidikan dan Pelajaran.

6 Julai Pasar Ria dan 'Jumble Sale' KESUMBA di Dataran Siswa, Kampus Jalan Tuaran anjuran Biro Ekonomi dan Penggunaan.

17 Julai Majlis Sambutan Maulidul Rasul di Bilik Mesyuarat Utama Kampus Likas anjuran Biro Hal Ehwal Agama dan Kebajikan. Bacaan Al-Quran oleh salah seorang siswi dan pidato oleh seorang siswi serta bacaan berzanji dan marhaban oleh ahli-ahli KESUMBA diketuai oleh YBhg. Datin Hajah Jamilah Sudin, Yang DiPertua KESUMBA.

21 September Seminar Keibubapaan di Dewan Besar, Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah dengan kerjasama Badan Keluarga DBP da Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial yang bertema "Keberkesanan Keibubapaan Asas Keluarga Bahagia".

11 Oktober Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan untuk AJK Seminar Keibubapaan di Hotel Promenade, Kota Kinabalu. Majlis disempurnakan oleh Yang DiPertua KESUMBA.

23 November Pasar Ria S.K. Sri Gaya anjuran PIBG S.K. Sri Gaya dan ahli KESUMBA telah membuka sebuah gerai.

20 Disember Sambutan Ulang Tahun Pertama KESUMBA dan Perayaan Hari Natal diadakan di Bilik Mesyuarat Utama Kampus Likas. Acara utama ialah upacara memotong pulut kuning dan juga Pertunjukan Fesyen oleh Zas' Collection.

21 Disember Pertandingan Melukis, Mewarna dan Menyanyi di Dewan Seri Canselor, Kampus Jalan Tuaran anjuran Biro Kesenian dan Kebudayaan.

23 Disember Lawatan ke Labuan sempena Karnival Membeli Belah anjuran Biro Sukan, Sosial dan Rekreasi. Seramai 26 ahli KESUMBA dan keluarga telah mengikuti rombongan lawatan ini.

28 Disember Majlis Marhaban dan Bacaan Yasin di rumah Puan Badariah Ab. Rahman AJK KESUMBA bagi meraikan kelahiran cahaya matanya yang ke-empat.

AKTIVITI-AKTIVITI KESEUMBA PADA TAHUN 1999

6 Mac
Satu Program khas anjuran KESUMBA Demonstrasi "Table Laying - Malay, Chinese & Western Style" dan "Table Etiquette" telah dijalankan di Likas Square Business Suites.

22 April
Mesyuarat Agung Tahunan Kedua KESUMBA (MAT-II) dan sekaligus pelancaran Buletin dan Lagu KESUMBA diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Kampus Teluk Likas dan dirasmikan oleh Y.Bhg. Prof. Datuk Seri Panglima Dr. Abu Hassan Othman, Naib Canselor UMS.

9 Julai
Kelas pertama Pengajian Islam oleh Ustazah Hajah Elfi Hanum Siregar dijalankan anjuran Biro Hal Ehwal Agama dan Kebajikan.

10 Julai Taklimat Khas "Personal Financial Planning" telah diadakan di Perpustakaan Kampus Jalan Tuaran anjuran bersama Biro Pendidikan & Pelajaran dan Biro Ekonomi dan Kepenggunaan. 

13 Julai Majlis maulidur Rasul telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Kampus Teluk Likas anjuran Biro Hal Ehwal Agama dan Kebajikan.

23 Julai Kelas kedua Pengajian Islam dijalankan di rumah Ketua Biro Hal Ehwal Agama dan Kebajikan.

6 Ogos Kelas ketiga Pengajian Islam ceramah bertajuk 'Kepentingan Ilmu dan Pendidikan dalam Kehidupan' disampaikan oleh Ustazah Rohani Said dari JAKIM bertempat di rumah Ketua Biro Hal Ehwal Agama dan Kebajikan.

13 Ogos Taklimat Skim Takaful Keluarga telah diadakan di BS1, UMS Kampus Teluk Likas anjuran Biro Hal Ehwal Agama dan Kebajikan.

20 Ogos Kelas keempat Pengajian Islam ceramah mengenai 'Akhlak' telah disampaikan oleh Ustazah Rohani Said dari JAKIM.

9-12 September Gerai jualan KESUMBA di Tamu Gadang dan Poster Pameran Akademik di Dewan Kuliah Kampus Tetap telah diadakan sempena Majlis Konvokesyen Pertama UMS. Biro Pendidikan & Pelajaran dan Biro Ekonomi & Kepenggunaan telah terlibat secara langsung dalam menjayakan aktiviti-aktiviti ini.

1 Oktober Kelas kelima Pengajian Islam: Ceramah bertajuk 'Keimanan dan Kebersihan Diri' disampaikan oleh Ustazah Mariah Hj. Ismail.

20 Oktober KESUMBA mengadakan kunjungan hormat ke Istana Negeri.

21-23 November Khemah Alam Sekitar Kanak-kanak I telah dijalankan dengan jayanya anjuran bersama Biro Pendidikan dan Pelajaran dan Unit Biologi Tropika & Pemuliharaan serta "Environment Action Committee Sabah". Seramai 21 orang anak-anak ahli KESUMBA dan peserta luar yang berumur 7-12 tahun telah mengikuti khemah ini.

8 Disember Lawatan ke Santuari Burung di Likas dan seramai 12 orang kanak-kanak yang terdiri daripada peserta Khemah Alam Sekitar. Lawatan ini telah dikendalikan oleh Biro Pendidikan & Pelajaran dengan kerjasama "Sabah Nature Club".

13-22 Disember Umrah Awal Ramadhan telah diikuti oleh 9 orang peserta terdiri daripada ahli KESUMBA dan keluarga. Program ini telah dikendalikan oleh Biro Hal Ehwal Agama dan Kebajikan dengan kerjasama Tabung Haji Travel & Tours dan Syarikat Umma Umaiyah.

AKTIVITI-AKTIVITI KESEUMBA PADA TAHUN 1998

14 Februari
Lawatan KESUMBA ke Rumah Warga Tua di Sri Pritchard, Kinarut.

7 April
Majlis Qurban anjuran bersama KESUMBA, HEP, MPP dan JAKMAS di Kampus Jalan Tuaran.

27 Jun
Bengkel Hidroponik anjuran KESUMBA dan PPNS di Perpustakaan Kampus Jalan Tuaran.

8 Julai Perlantikan Ahli Jawatankuasa Sidang Pengarang KESUMBA.
16 Ogos Gerai KESUMBA sempena Karnival Sukan UMS di Kampus Jalan Tuaran.

20 Ogos Lawatan BAKISA ke UMS. KESUMBA sebagai tuan rumah bersama UMS yang menerima lawatan tersebut.

23 Ogos Bengkel Makanan dan Pemakanan Seimbang dan Sihat untuk keluarga di Bilik Multimedia, UMS Kampus Jalan Tuaran anjuran KESUMBA dan Sekolah Sains Makanan dan Pemakanan.

AKTIVITI-AKTIVITI KESEUMBA PADA TAHUN 2000

30 Januari
Majlis Jamuan Hari Raya bertempat di Dewan Kuliah, Kampus Universiti Malaysia Sabah.

18-20 Februari
Berkhemah sambil belajar di Likas Lagoon. Seramai 15 orang peserta terdiri daripada ahli-ahli Kelab Pencinta Alam KESUMBA telah turut serta dan majlis telah dirasmikan oleh Yang DiPertua KESUMBA.

22 April
Gotong Royong di Kota Kinabalu Bird Sanctuary - "A Love Your Mangrove Activity". Yang DiPertua KESUMBA telah turut serta di samping ahli-ahli Kelab Pencinta Alam KESUMBA.

20 Mei Aktiviti menangkap kupu-kupu di sekitar Kampus Universiti Malaysia Sabah anjuran Biro Pendidikan dan Pelajaran.

26 Mei Kunjungan Ahli Jawatankuasa KESUMBA ke Rumah Kebajikan SURIA, seramai 13 orang ahli turut serta anjuran Biro Hal Ehwal Agama dan Kebajikan. Derma ikhlas berbentuk buku, pakaian dan makanan telah disumbangkan kepada anak-anak yatim SURIA.

Mei Seramai 15 orang ahli KESUMBA telah membuat lawatan sambil menderma ke Sekolah Menengah Agam Islam Sabah, Pekan Tambunan. Lawatan ini adalah anjuran Biro Hal Ehwal Agama dan Kebajikan.

17 Julai Sambutan Maulidurrasul 1421 Hijrah telah diadakan di Galeri, Bangunan Canselori UMS. Sambutan amat menggalakkan dan pihak PERTIWISA telah dijemput khas untuk acara berzanji dan marhaban.

22 Julai Lawatan anak-anak ahli KESUMBA ke kampus Universiti Malaysia Sabah anjuran Biro Sukan, Rekreasi dan Sosial. Seramai 53 orang peserta hadir tediri daripada anak-anak sekolah peringkat rendah dan menengah.

13 Ogos Pertandingan Kuiz, Bercerita dan Pidato anjuran Biro Kesenian dan Kebudayaan. Seramai 30 orang dewasa dan 30 orang kanak-kanak hadir manakala hanya 15 orang peserta sahaja yang mengambil bahagian. Para pemenang telah menerima hadiah yang disampaikan oleh Yang DiPertua KESUMBA.

19-20 Ogos Kem Matematik Bestari anjuran Jabatan Hal Ehwal Pelajar UMS, Sekolah Sains dan Teknologi serta KESUMBA. Para peserta terdiri daripada anak-anak ahli KESUMBA dan terbuka kepada peserta luar.

26 Ogos Biro Pendidikan dan Pelajaran telah menganjurkan Ceramah Umum - Apresiasi Perundangan Syariah (Hak-hak Wanita). Para penceramah terdiri daripada peguam yang berkhidmat di Jaharah & Co. 

9-12 September Pameran Akademik sempena Pesta Konvokesyen UMS ke 2 yang telah dikendalikan oleh Biro Pendidikan dan Pelajaran dengan kerjasama Biro Kebudayaan dan Kesenian. Poster aktiviti-aktiviti KESUMBA serta kraftangan hasil ahli-ahli KESUMBA telah dipamerkan.

10 November Majlis Sambutan Israk Mikraj, Nisfu Syaaban dan Awal Ramadhan telah diadakan di Galeri, Bangunan Canselori UMS telah dianjurkan oleh Biro Hal Ehwal Agama dan Kebajikan. Encik Sarip Adul merupakan penceramah undangan dan Y.Bhg. Prof. Datuk Seri Panglima Dr. Abu Hassan Othman, Naib Canselor UMS selaku penasihat KESUMBA telah sudi meluangkan masa untuk hadir dan menyampaikan kata-kata aluan pada majlis tersebut.

Page 1 of 6

Please publish modules in offcanvas position.