Pengumuman Daripada: Bahagian Pentadbiran dan Governan, Jabatan Pendaftar
Subjek: Perkhidmatan 'Pos On Wheel' (POW) Universiti Malaysia Sabah
Pengumuman Daripada: Bahagian Pentadbiran dan Governan, Jabatan Pendaftar
Subjek: Perkhidmatan 'Pos On Wheel' (POW) Universiti Malaysia Sabah
Pengumuman Daripada: Bahagian Sumber Manusia
Subjek: Makluman Penghantaran Permohonan Borang Individual Development Plan (IDP)
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Y.Brs. Prof. Dr./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan,
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Adalah dimaklumkan, Sektor Pembangunan Sumber Manusia, Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar dalam proses untuk mengemaskini rekod Mata IDP kakitangan universiti. Ini bagi memastikan semua kakitangan universiti mencapai mata IDP minima melalui latihan yang telah dihadiri.
Sehubungan itu, mohon kerjasama pihak Y.Brs. Prof. Dr./Dr./Tuan/Puan untuk mengisi dan menghantar BORANG PERMOHONAN IDP (UMS/PU09/04) bagi latihan yang telah dihadiri untuk tujuan pengemaskinian tersebut sebelum atau pada 10 JANUARI 2020 (JUMAAT). Kegagalan pihak Y.Brs. Prof. Dr./ Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan berbuat demikian akan menyebabkan 8% DARIPADA MATA E-LNPT DITOLAK. (Bagi kakitangan pentadbiran sahaja)
Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, pihak Y.Brs. Prof.Dr./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan boleh hubungi pegawai berikut ;
NAMA PEGAWAI | NO. SAMBUNGAN | CATATAN |
En. Juniezam Bin Juka | 1003 | Unit Latihan Akademik |
Pn. Erna Jeferin | 1327 | Unit Latihan Akademik |
En. Adrian Amatus | 1132 | Unit Latihan Akademik |
En. Mohd. Aiddy Suffian Abd. Rashid | 1042 | Unit Latihan Pentadbiran |
En. Mohd Nizam Abd Mutallib | 1525 | Unit Latihan Pentadbiran |
En. Sufiyan Bin Ali Hussin | 1036 | Unit Latihan Pentadbiran |
Perhatian dan kerjasama pihak Y.Brs. Prof. Dr./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ribuan terima kasih.
Pengumuman Daripada: Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan
Subjek: Kursus Latihan Pengendali Makanan Januari 2020
Pengumuman Daripada: Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Subjek : Pelaksanaan Unified Communication (UC)
PENGUMUMAN KEPADA: SEMUA KAKITANGAN AKADEMIK UMS
PENGUMUMAN DARIPADA : BAHAGIAN SUMBER MANUSIA
SUBJEK : MAKLUMAN BERKAITAN PENGGUNAAN SISTEM e-LNPT BAHARU KAKITANGAN AKADEMIK UMS
Y.Brs. Prof./Dr./Tuan/Puan
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
02. Berdasarkan kepada Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007, Penilaian Prestasi merupakan sebahagian daripada sistem pengurusan personel yang penting yang boleh digunakan untuk membantu setiap pegawai meningkatkan prestasi kerja masing-masing.
03. Seperti yang telah dimaklumkan dalam surat bertarikh 11 November 2019, bernombor rujukan yang sama bahawa Mesyuarat Pihak Berkuasa Pengurusan Universiti (PBPU) Bil.4/2019 (Siri 2) Kali Ke-229 telah bersetuju;
a. Meluluskan cadangan pemberat baharu dan rubrik baharu bagi penilaian prestasi kakitangan akademik sebagaimana yang dibentangkan.
b. Kaedah ini akan digunakan bermula pada Penilaian LNPT Tahun 2019 dan ianya merupakan tahun percubaan pelaksanaan.
c. Pelaksanaan sepenuhnya akan dijalankan pada tahun kedua iaitu bermula pada Tahun 2020.
d. Kriteria penilaian Kualiti Peribadi akan disemak semula pada fasa yang kedua selepas pelaksanaan pada Tahun 2020.
04. Sehubungan itu, semua kakitangan akademik UMS adalah WAJIB mengisi Sistem e-LNPT Baharu mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Kegagalan berbuat demikian menyebabkan penilaian tidak dapat dilaksanakan dan pihak kami tidak dapat memproses pergerakan gaji tahunan, kenaikan pangkat jika berkaitan, pengesahan jawatan, perlanjutan kontrak dan mempengaruhi urusan pencen serta lain-lain berkaitan perkhidmatan.
05. Oleh kerana tahun 2019 merupakan tahun percubaan pelaksanaan, tiada sebarang penalti atau denda akan dikenakan kepada semua kakitangan akademik yang memperolehi markah di bawah 70%.
Segala perhatian dan kerjasama Y.Brs. Prof./Dr./Tuan/Puan didahului dengan ucapan terima kasih.
Terma Pengguna | Penafian | Dasar Privasi | Polisi Keselamatan | Dasar Hak Cipta | Paparan Terbaik 1366x768