Pengumuman Daripada: Akademi Seni dan Teknologi Kreatif
Sudah Bersedia untuk Terokai Dunia Seni, Teknologi & Kreativiti?
AYUH KE HARI TERBUKA ASTIF!
Tarikh: 08 Mei 2025 (Khamis)
Masa: 9.00 pagi - 10.00 malam
Lokasi: Dewan Resital, Akademi Seni dan Teknologi Kreatif, Universiti Malaysia Sabah
Jika anda lepasan STPM, Asasi atau Diploma dan masih mencari haluan, ini masanya untuk:
• Menyertai taklimat eksklusif tentang program-program yang ditawarkan di ASTIF iaitu Seni Muzik, Teater Tari, Sinematik Digital, Penulisan Kreatif dan Teknologi Seni Visual
• Menyaksikan demonstrasi seni & teknologi kreatif secara langsung
• Bertemu tenaga pengajar dan alumni yang berpengalaman
• Menyaksikan persembahan pelajar dan artis UMS
• Menyertai aktiviti interaktif, cabutan bertuah dan booth pameran menarik!
Masih keliru nak sambung dalam bidang apa? Mari alami sendiri suasana penuh inspirasi di ASTIF. Siapa tahu, bakat anda terpendam sedang menunggu untuk digilap!
Semua dijemput hadir!
Terbuka kepada semua | Bawa kawan, keluarga dan semangat anda!
Untuk maklumat lanjut, Sila Hubungi Tel: 088-320000
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
ASTIF –Di Sini Jiwa, Minda & Rasa Bersatu!