Pengumuman Daripada: Bahagian Pendidikan dan Zakat, Pusat Islam UMS

 

📢 PELAWAAN SUMBANGAN FOOD BANK MASJID UMS 🤲
 
Food Bank Masjid Universiti Malaysia Sabah (UMS) disediakan sebagai inisiatif kebajikan bagi membantu warga UMS yang memerlukan, khususnya pelajar dalam keperluan harian.
 
💚 Orang ramai dijemput untuk bersama-sama menyumbang dalam usaha murni ini.
 
🧺 SUMBANGAN YANG DITERIMA:
▪️ Makanan kering (beras, oat, biskut, makanan segera)
▪️ Makanan dalam tin
▪️ Minuman segera (3-in-1, teh, kopi)
▪️ Coklat, roti & snek ringan
▪️ Keperluan asas (sabun, ubat gigi, tuala, keperluan wanita)
 
📍 Lokasi: Food Bank Masjid UMS
🤝 "Hulurkan Rezeki, Suburkan Ihsan". 
Setiap sumbangan anda amat bermakna dan memberi manfaat besar kepada mereka yang memerlukan.
 
📞 Sebarang pertanyaan:
Encik Ghazali: 014-912 6809
Hotline Pusat Islam UMS: 088-320624
 
Mudah-mudahan setiap kebaikan yang disumbangkan menjadi amal jariah yang berpanjangan. 🌱
 
#FoodBankMasjidUMS
#KongsiRezeki
#UMSBrainOfBorneo
#UMSshare
 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Instrumentasi dan Perkhidmatan Sains

 

Assalamu’alaikum WBT dan Salam Sejahtera,
 
YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
Adalah dimaklumkan bahawa Pusat Instrumentasi dan Perkhidmatan Sains, UMS sedang melaksanakan Kajian Kepuasan Pelanggan serta E-Rating Kaunter bagi tujuan penambahbaikan mutu dan kualiti perkhidmatan kami secara berterusan.
 
Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan untuk meluangkan sedikit masa bagi mengisi Borang Kajian Kepuasan Pelanggan dan E-Rating Kaunter melalui pautan berikut:
 
 
Pautan E-Rating Kaunter PIPS:
https://erespon.ums.edu.my/kaunter/rating_kaunter? jafpib=Pusat%20Instrumentasi%20Dan%20Perkhidmatan%20Sains&kaunter=PUSAT%20INSTRUMENTASI%20DAN%20PERKHIDMATAN%20SAINS&id=81
 
Borang kajian ini juga boleh diakses dengan mengimbas kod QR yang disertakan di dalam poster.
 
Segala maklum balas yang diberikan amatlah kami hargai bagi membantu meningkatkan tahap perkhidmatan kami secara berterusan. Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan untuk mengisi borang kajian ini dan menjadi responden Kajian Kepuasan Pelanggan dan E-Rating Kaunter PIPS.
 
Sekian, Terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera
 
YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
Sukacita dimaklumkan bahawa, pembayaran Pelarasan Gaji Fasa 2 SSPA telah dimasukkan dalam gaji bulan Januari 2026. Bersama-sama ini disertakan infografik berkaitan pembayaran  tersebut untuk makluman dan rujukan.
 
Sehubungan itu, dipohon kerjasama  YBhg.Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan untuk  membuat hebahan di peringkat JAFPIB. 
 
Sekian, terima kasih.
 
 
 
Sebarang pertanyaan lanjut:
💻📨 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 
🌶️📲 088-329 068
 
 
#UMSTheBrainOfBorneo #cekapcepattepat
#BPSMJabatanPendaftar

 

Pengumuman Daripada: Pusat Islam UMS

 

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN PUSAT ISLAM UMS BIL.1/2026
 
Assalamualaikum wbt. YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan.
 
Bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kami, kerjasama YBhg.Datuk/Prof/Dr./Tuan/Puan adalah dipohon untuk mengisi soal selidik Kajian Kepuasan Pelanggan PIUMS dengan mengimbas Kod QR di poster yang disediakan dan link pautan seperi maklumat di bawah:
 
 
 
Maklum balas anda amatlah dihargai dan diucapkan jutaan terima kasih.
 
#Menyantuni Asnaf Aspirasi Kami
#Keselamatan dan Keselesaan Jemaah Keutamaan Kami
#UniversitiMalaysiaSabah
#UMSGlobalReputation
#UMSBrainOfBorneo
  

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Perkhidmatan Akademik

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera
 
 TAKLIMAT PEMBANTU PENGAWAS PEPERIKSAAN SEMESTER 1 SESI 2025/2026 📢
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Taklimat Pembantu Pengawas Peperiksaan Semester 1 Sesi 2025/2026 akan diadakan seperti berikut:-
 
🗓️ 23 Januari 2026 (Jumaat)
⏰ 09.00 pagi
 
Sehubungan itu, kakitangan pelaksana yang dilantik bagi JAFPIB yang terlibat adalah WAJIB untuk menghadiri taklimat tersebut.
 
Sekian, terima kasih