Pengumuman Daripada: Pusat Penyelidikan Ekonomi Biru & Keselamatan Maritim

 

Sukacita dimaklumkan Pusat Penyelidikan Ekonomi Biru & Keselamatan Maritim, UMS dengan kerjasama Blue Dream Sdn Bhd akan menganjurkan bazar ramadan pada 2 hingga 21 Mac 2025 di Pantai Kemudi Ilmu, UMS.

Semua warga UMS adalah dijemput hadir.

Pemberitahuan:

Sila ambil maklum bahawa semua warga UMS adalah DIKECUALIKAN daripada membayar parkir dan tidak dikenakan sebarang bayaran KECUALI menggunakan perkhidmatan yang disediakan.

Sekian dan terima kasih.

 

 

 

 

 

 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Rawatan Rehabilitasi, Hospital UMS 

 

📢 NOTIS PEMAKLUMAN! 📢

PERPINDAHAN LOKASI BAGI RAWATAN REHABILITASI KECEDERAAN TANGAN, MUSKULOSKELETAL (MSK) & BURN


Dimaklumkan bahawa bermula 3 Mac 2025, rawatan terapi bagi kecederaan tangan, muskuloskeletal (MSK - otot/tulang/sendi), serta burn (kelecuran & parut) di Pusat Rawatan Rehabilitasi, Hospital Pakar UMS (HUMS) akan dijalankan di lokasi baharu seperti berikut:

📍 Bangunan Plastinasi
(Belakang Bangunan Pusat Rawatan Warga UMS)

Perubahan lokasi ini bertujuan untuk meningkatkan kemudahan dan keselesaan rawatan pesakit di pusat rehabilitasi kami.

🔹 Untuk maklumat lanjut & pertanyaan:
📞 Hotline Rehabilitasi: +6088-329208
📲 Imbas QR Code pada poster untuk navigasi ke lokasi baharu.

Pihak kami juga akan menghubungi pesakit yang mempunyai temujanji untuk memaklumkan tentang lokasi rawatan baharu.

Kami menghargai sokongan anda dan berterima kasih atas kepercayaan yang diberikan.

 

Pengumuman Daripada: Hospital UMS

 

Bulan Ramadan semakin hampir, dan bagi anda yang menjalani rawatan perubatan, adalah penting untuk mengetahui cara mengambil ubat dengan betul tanpa membatalkan puasa. Oleh itu, Pusat Maklumat Ubat (DIS), Jabatan Farmasi, Hospital Pakar UMS telah menyediakan Panduan Pengambilan Ubat Ketika Berpuasa untuk rujukan anda.

 
📌 Perkara Penting untuk diperhatikan
✅ Pastikan ubat diambil pada waktu yang ditetapkan untuk keberkesanan rawatan.
✅ Gunakan panduan ini sebagai rujukan dan patuhi arahan doktor serta ahli farmasi.
✅ Jika terdapat keraguan tentang pengambilan ubat, sila rujuk kepada Jabatan Farmasi untuk mendapatkan penjelasan lanjut.
 
❓ Ada Pertanyaan?
Jangan ragu-ragu untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada ahli farmasi bagi memastikan ubat yang anda ambil selamat dan sesuai sepanjang tempoh berpuasa.
 
💊 Jaga Kesihatan Anda, Patuhi Rawatan, dan Selamat Berpuasa! 🌙✨
 
#PusatMaklumatUbatHPUMS
#DrugInformationService-DISHPUMS
#JabatanFarmasi
#BulanRamadan
#SelamatBerpuasa