Pengumuman Daripada: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

 

Salam Sejahtera YBhg. Datuk & YBrs. Prof./Dr. /Tuan/Puan,
 
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
Bersama ini disertakan infografik berkaitan Pelaksanaan Waktu Berkerja Fleksi (WBF) Bulan Ramadan Tahun 2025 untuk rujukan dan hebahan di peringkat JAFPIB masing-masing.
 
Perhatian dan kerjasama di pihak YBhg. Datuk & YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Kejuruteraan Mekanikal dan Elektrikal, Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan

 

Dato/Datin/Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,
 
Assalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera,
 
NOTIS PEMAKLUMAN PENUTUPAN BEKALAN ELEKTRIK RING 6 (KOLEJ KEDIAMAN TUN PENGIRAN AHMAD RAFFAE (KKTPAR), DKP 2 (BAHARU) DAN BANGUNAN PASCASISWAZAH PADA 01HB & 02HB MAC 2025
 
Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.
 
Adalah dimaklumkan bahawa penutupan bekalan elektrik Ring 6 perlu dilaksanakan pada ketetapan seperti berikut:
 
Tarikh         :         01hb – 02hb Mac 2025 (Sabtu - Ahad)
Masa           :         8.00 Pagi sehingga 5.00 Petang
Bangunan   :         KKTPAR, DKP 2 (BAHARU), PASCASISWAZAH
Tujuan        :         Kerja-kerja penyambungan kabel elektrik (kabel bawah tanah)
 
Kerja-kerja ini perlu dilaksanakan segera untuk melengkapkan penyambungan agihan bekalan elektrik dari dua incomer feeder iaitu di pencawang DKP 2 dan KKTPAR. Kegagalan penyiapan kerja ini akan mengganggu pengoperasian Pencawang Pengagihan Universiti (PPU) 33kV yang Baharu.
 
Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan perkara di atas, pihak YBhg.Datuk/Datin,Prof.,Dr.,Tuan/Puan boleh lah berhubung terus dengan Ketua Sektor Kejuruteraan Elektrik, JPP Ir. Ts. Hernnie John, Ketua Sektor Kejuruteraan Elektrik, JPP  (016-818 0881), En. Mohd Affandy Damit, Penolong Jurutera Kanan, JPP (019-831 2146) atau En. Zasmin bin Utuh, Penolong Jurutera Elektrik, JPP (013-892 6428).  
 
Segala kesulitan amatlah dikesali.

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

 

PEMAKLUMAN PEMBAYARAN BANTUAN KHAS KEWANGAN TAHUN 2025 PENJAWAT AWAM DAN PESARA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
 
Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan pemakluman ini bolehlah menghubungi:
💻📨 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
🌶️📲 088-329 068
 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Islam UMS

 

CERAMAH KHAS AMBANG RAMADAN
 
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
 
YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan/Saudara/Saudari
 
Pusat Islam UMS akan mengadakan Ceramah Khas Ambang Ramadan sebagai persediaan menyambut bulan yang penuh keberkatan dan keampunan pada ketetapan seperti maklumat berikut:
📅 Tarikh    : 27 Februari 2025 (Khamis)
⏰ Masa     : 9.00 Pagi – 10.00 Pagi
💻 Tempat : Secara Dalam Talian
🔗 Pautan Penyertaan:
 
Sehubungan itu, YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan/Saudara/Saudari dijemput hadir bagi mengambil manfaat daripada sesi perkongsian ilmu ini. Semoga kehadiran kita diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT.
 
📞 Pertanyaan: 011-3734 1337
 
#MasjidUMS
#UMSShare
#CeramahRamadan
#AmbangRamadan