Pengumuman Daripada: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

YBrs. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,
Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) akan menganjurkan Hari Sukan Fakulti Gugusan Sastera (Suk-Arts) bermula pada 24-26 Februarui 2025.
Kejohanan pada edisi ini adalah kali yang ketiga (3), dan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) telah dipilih sebagai tuan rumah atau penganjur kejohanan pada tahun ini.
Antara acara yang dipertandingkan adalah seperti Street Soccer, Pentaque,Ping Pong, Bola Jaring, Bowling, Timbang Bola Takraw, dan beberapa acara lain.