Pengumuman Daripada: Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Pengumuman Daripada: Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Strategik dan Komunikasi Korporat
Setinggi-tinggi tahniah kepada Penerbit UMS atas kejayaan dua buku UMS yang berjaya menerima Anugerah Buku Negara 2022 oleh Yayasan Pembangunan Buku Negara sempena Persidangan Buku Antarabangsa, Ekspo Buku Malaysia dan Forum Kelab Penulis di UPM, Serdang.
Buku "Lower Kinabatangan Premier Competitive Sustainable Ecotourism Destination" menerima Anugerah Buku Negara 2022 kategori Buku Alam Semula Jadi Terbaik (Lestari).
Penulis buku adalah terdiri daripada Felo Utama Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP), Prof. Dr. Jennifer Chan Kim Lian; Pengarah Pusat Pengurusan Strategik dan Komunikasi Korporat, Prof. Madya Dr. Fiffy Hanisdah Saikim; Pensyarah Kanan FPEP, Dr. Tini Maizura Mohtar dan pensyarah FPEP, Encik Kamarul Mizal Marzuki.
Sementara buku "Perpindahan Ibu Kota Indonesia ke Kalimantan dan Implikasinya ke atas Negeri Sabah, Malaysia" menerima Anugerah Buku Negara 2022 kategori Buku Umum Terbaik (Sains Sosial).
Penyunting buku adalah terdiri daripada barisan ahli akademik dari Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, iaitu YB Dr. Aliakbar Gulasan, Encik Amrullah Maraining, Prof. Madya Dr. Ramli Dollah, dan Dr. Marsitah Mohd. Radzi.
Tahniah!
Pengumuman Daripada: Klinik Pergigian Alawa, Hospital UMS
Makluman bahawa operasi Klinik Pergigian UMS akan ditunda buat sementara waktu bagi memberi laluan untuk Majlis Perasmian Bengkel Pembangunan Manual Prosedur Kerja (SOP) Jabatan Pergigian Hospital UMS pada 5 September 2022 (Isnin), jam 8.00 hingga 10.45 pagi.
Klinik Pergigian UMS akan beroperasi semula seperti biasa pada jam 10.50 pagi.
Segala kesulitan amat dikesali.
Sekian, terima kasih.
Pengumuman Daripada: Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Pengumuman Daripada: Sektor Kompetensi, Bahagian Sumber Manusia
YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan, permohonan untuk mengikuti Program Transformasi Minda (PTM) UMS Siri 2/2022 telah dibuka manakala tarikh dan masa akan dimaklumkan kemudian oleh pihak urusetia.
3. Adalah dimaklumkan bahawa Program Transformasi Minda (PTM) adalah satu daripada syarat WAJIB pengesahan dalam perkhidmatan bagi menggantikan Kursus Induksi. Kakitangan yang disyaratkan mengikuti PTM adalah:
Bagi kakitangan sedang berkhidmat yang kemudiannya dilantik ke skim perkhidmatan atau perkhidmatan lain boleh memohon pengecualian daripada menghadiri PTM dengan syarat (salinan sijil wajib diberikan kepada pihak urusetia):
(a) Telah Hadir dengan jaya PTM ; atau
(b) Telah Hadir dengan jaya Kursus Induksi - Modul Umum ; atau
(c) Lulus Peperiksaan Am Kerajaan di skim perkhidmatan terdahulu
4. Permohonan mengikuti Program Transformasi Minda (PTM) siri 2/2022 adalah melalui pautan https://bit.ly/3woxaiW tarikh tutup permohonan pada 09 September 2022. Sebarang pertanyaan lanjut, sila berhubung dengan urusetia kursus, Puan Delveja Jakin di talian 012-6604110 atau emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..
Perhatian dan kerjasama YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih..
Terma Pengguna | Penafian | Dasar Privasi | Polisi Keselamatan | Dasar Hak Cipta | Paparan Terbaik 1366x768