Pengumuman Daripada: Perpustakaan UMS

 

Assalamualaikum wbt,
 
Bersempena kedatangan Bulan Ramadhan yang mulia, pihak Perpustakan dengan kerjasama Fakulti Pengajian Islam dan KSPUMS menjemput Tuan/Puan untuk menyertai Majlis Tadarus Al-Quran @Library yang akan diadakan sepanjang bulan Ramadhan 1446 H. 
 
🗓️ Tarikh : Isnin - Jumaat (Sepanjang Bulan Ramadhan) 1446 H.
⏱️Masa : 8:00 pagi - 8:30 pagi
🕌 Tempat : Islamic Corner Perpustakaan (Muslimin) | Bilik Mesyuarat BPP (Muslimat)
 
Jom daftar sebagai Peserta.
 
-----------
 
☪️☪️☪️
Daripada Aisyah RA bahawa Rasullah SAW bersabda:
 
“Orang yang mahir membaca al-Quran, dia akan bersama dengan Malaikat yang mulia dan taat / berbuat kebaikan.
 
Manakala seorang yang membaca al-Quran dalam keadaan tergagap-gagap (yakni tidak lancar) di mana ia menghadapi kesukaran dan kepayahan membacanya, maka dia akan memperoleh dua ganjaran.”
 
(Riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Ibnu Majah)

 

Pengumuman Daripada: Pejabat Canselori

 

Bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kami, mohon kerjasama YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan agar dapat mengisi soal selidik Kajian Kepuasan Pelanggan melalui QR Code tersebut. Maklumbalas anda amat kami hargai.
 
Hasil kajian akan digunakan untuk menambah baik perkhidmatan kepada pelanggan pada masa hadapan. Sila imbas kod QR di atas atau melaui Pautan:
 
Terima kasih atas maklum balas anda.
 
Sekian.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Halal

 

YBhg. Prof. Dr./Dr./Tuan/Puan,
 
Sukacita dimaklumkan, Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Halal (PPPH), FSMP, UMS akan mengadakan Kursus Kesedaran Halal pada 3 Mac 2025. Dilampirkan poster kursus untuk rujukan selanjutnya.
 
Sekiranya berminat, YBhg. Prof. Dr./Dr./Tuan/Puan boleh mendaftarkan diri dengan mengimbas QR Kod yang dilampirkan dalam poster atau mengisi borang melalui pautan yang disediakan (Pautan: https://forms.office.com/r/HXKqkAJ5bX).
 
Apakah keperluan kursus ini untuk industri halal? Merujuk kepada Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) 2020;
✅ Latihan kesedaran halal kepada pekerja baharu hendaklah dilaksanakan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh lantikan;
✅ Latihan kesedaran halal hendaklah dilaksanakan sekurang-kurangnya tiga (3) tahun sekali kepada semua pekerja yang terlibat dengan aktiviti pemprosesan dan/atau perkhidmatan.
 
Untuk mengetahui lebih lanjut program anjuran PPPH, klik pautan berikut: 
atau
Hubungi 0149323152 (Pn. Nurshada)
 
Sekian, terima kasih.
 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Instrumentasi dan Perkhidmatan Sains

 

Dimaklumkan bahawa Pusat Instrumentasi dan Perkhidmatan Sains, UMS akan ditutup sementara pada 21 Februari 2025. Sila hubungi kami melalui e-mel seperti berikut untuk sebarang pertanyaan lanjut:

Pertanyaan Am: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Perkhidmatan analisis dan penerimaan sampel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.