Pengumuman Daripada: Perpustakaan UMS

 

 

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

 

Tuan/Puan,

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Perpustakaan UMS akan mengadakan Program Repositori dan Arkib Universiti sempena Program Cintai Ilmu 2023. Program tersebut akan diadakan pada ketetapan berikut:

 

Tarikh: 21 November 2023 (Selasa)

Masa: 9:00 pagi – 4:30 petang

Tempat: Smart Classroom, Aras Bawah, Perpustakaan UMS

Atur cara program: https://shorturl.at/bcAGK

 

Tarikh: 20-24 November 2023

Aktiviti: Pameran/Food Truck/Gerai Makanan/Derma Darah/Demonstrasi Awet dan Jilid.

Sehubungan itu, pihak kami amat berbesar hati menjemput pihak tuan/puan untuk turut sama menyertai dan memeriahkan program tersebut.

 

Kerjasama dan sokongan pihak tuan/puan mengenai perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Sekian.

 

Pengumuman Daripada: Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan (JPP)

 

 

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

 

NOTIS GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK TERANCANG OLEH JABATAN AIR NEGERI SABAH DI KAMPUS INDUK UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

      

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

Untuk makluman pihak YBhg.Datuk/Datin,Prof/Dr,Tuan/Puan, terdapat gangguan bekalan air tidak terancang di kampus induk UMS kerana didapati Tangki R13 (milik JANS) dan Tangki UMS berada pada paras 0 meter sejak pagi ini.

Pihak kami sedang cuba berhubung dengan Jabatan Air Negeri Sabah untuk memohon memulihkan bekalan air ini. Justeru, tempoh gangguan ini tidak dapat ditetapkan sehingga maklumbalas diterima daripada Jabatan Air Negeri Sabah.

Sehubungan dengan itu, mohon agar YBhg.Datuk/Datin, Prof/Dr., Tuan/Puan untuk menggunakan air dengan berhemah dan mengambil langkah-langkah alternatif sebagai persediaan menghadapi tempoh gangguan bekalan air yang tidak menentu ini.

Sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkara di atas, sila berhubung dengan Ir. Ts. Dr. Asrul Effandy Hj. Ismail, Ketua Sektor Mekanikal, Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan di talian 012-8859897.

 

Segala kesulitan amatlah dikesali. Sekian.

 

Sekian, terima kasih.

 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.