Pengumuman Daripada : Pusat Alumni
Subjek : Pertandingan Video "Alumni Inspirasiku"
 
 
PERTANDINGAN VIDEO "ALUMNI INSPIRASIKU
 
Berminat?
Boleh mendaftar melalui link di bawah ?
 
ATAU Scan QR code dalam poster
 
Yuran pendaftaran hanya RM10 sahaja.
 
ATAU Scan QR code dalam poster
 
Sila baca Syarat Penyertaan seperti yang dinyatakan dalam borang pendaftaran dan poster.
 
Sebarang info lanjut boleh menghubungi Pusat Alumni di talian 088320000 Ext:4165/4223/4145

Pengumuman Daripada: Unit Terjemahan UMS (UTUMS)
Subjek: Tawaran Perkhidmatan Unit Terjemahan UMS (UTUMS)
 
Unit Terjemahan UMS (UTUMS) ditubuhkan pada Januari 2016 atas keperluan piawaian penulisan yang lebih tinggi dalam penerbitan akademik Universiti. UTUMS ialah hak milik UMS dan ditempatkan di Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB).
 
Objektif utama UTUMS adalah untuk menawarkan khidmat penterjemahan dan suntingan berkualiti untuk para akademik, prasiswazah dan pascasiswazah dalam penulisan laporan kajian, buku, kertas persidangan dan makalah jurnal dalam Bahasa Inggeris atau bahasa lain; membantu pentadbiran Universiti menterjemah dan menyunting dokumen, pengumuman dan kandungan laman sesawang rasmi; serta menyediakan perkhidmatan berkualiti yang serupa kepada agensi luar di Sabah.